Qa'rabah Ditubuhkan Untuk Tebus Kesilapan Lampau

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 3:00 AM

Kumpulan Qa'rabah dianggotai kumpulan yang popular pada lewat 1990-an iaitu Shajiry (dari kanan), Jeff (A to Z) dan pendatang baru Izzuwin Shah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Qa'rabah memberitahu kesilapan masa silam mengajar mereka untuk berdakwah dengan menyampaikan mesej ketuhanan kepada umum menerusi lagu yang disampaikan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Qa'rabah, Jeff (A to Z) atau nama sebenarnya Ahmad Shahaljefrry A. Samad , 39, ini merupakan peluang kedua mereka untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu dan memperbaiki diri ke arah kebaikan.

"Kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana semua  manusia tidak sempurna dan saya mengaku mungkin dulu ada melakukan kesilapan jadi ia mengajar tentang erti kehidupan sebenar.

"Sekarang Allah sudah memberi peluang kedua untuk memperbetulkan segala kesilapan dan ini merupakan peluang saya mengajar orang ramai untuk sama-sama berubah kearah kebaikan.


"Ini juga dapat memberi saham kepada kami di akhirat kelak berdasarkan mesej yang disampaikan menerusi mesej dalam lagu yang disampaikan," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Qa'rabah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Menara Star, di sini.
Kumpulan Qa'rabah dianggotai oleh Shajiry,42, Jeff (A to Z), 39, dan Izzuwin Shah, 35, tampil dengan membawakan mesej-mesej positif serta motivasi menerusi lagu berkonsepkan ketuhanan.  

Tambahnya lagi, usia tidak menjadi penghalang untuk mereka berdakwah kerana ia memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu nasihat dan keagamaan kepada orang ramai. 

"Ia di ibaratkan jika golongan muda membawa konsep lagu kami seperti adik yang menasihati golongan lebih tua tentang agama jadi susah untuk diterima.

"Jadi sesuailah umur seperti kami untuk memberi nasihat dan menyampaikan mesej ketuhanan kepada mereka terutama sekali golongan belia," jelasnya lagi.

Selain itu, menurutnya, Qa’rabah juga mempunyai cara tersendiri untuk menyebarkan dakwah menerusi lagu-lagu yang dibawa dan menjadikan karya mereka sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan bernaung di bawah label Imaan Music.

Mereka telah menerbitkan single baharu berjudul 'Taubat' berkolaborasi bersama RJ pada 16 Mac lalu yang merupakan karya kedua Jeff Samad selepas menghasilkan lagu Al-Haq..Yang Satu nyanyian Mawi dan Dato’ AC Mizal.
Tags / Kata Kunci: Qa'rabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan