Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Rosak Teruk - Berita Hiburan | mStar

Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Rosak Teruk

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 1:23 PM

Awal memuat naik status di Isntyagram miliknya beserta gambar seelaps kemalangan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kereta yang dinaiki pengacara Awal Ashaari bersama seorang rakan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad.

Menurut wartawan Melodi, Zuan Azmi, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi ketika mereka dalam perjalanan ke program Jom Heboh bagi mengacarakan rancangan Melodi. 

"Alhamdulillah, Awal dan rakannya yang tidak mengalami cedera parah, namun dia kini sudah dibawa ke Hospital Melaka bagi membuat imbasan x dan rawatan lanjut. 

"Bagaimanapun, kereta tersebut mengalami rosak teruk, ketika ini masih lagi ditempat kejadian," ujarnya kepada mStar Online

Keadaan kereta yang dinaiki Awal Ashaari dan rakannya.

Menurut Zuan, Kereta jenis BMW berwarna putih itu merupakan kerata rakannya Izuan Mokhtar. 

Dalam pada itu, Zuan berkata, tempat Awal sebagai pengacara Melodi digantikan oleh penerbit Micheal dan Liza Hot Fm.

Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan