Sharifah Sakinah Sah Bergelar Isteri Aliff Adha

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 6:20 PM

Sharifah Sakinah (kiri) bersama suami, Aliff Adha.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri-La di Putrajaya kira-kira pukul 5.56 petang, Sabtu. 

Sharifah Sakinah, 26, dinikahkan oleh bapanya sendiri Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari. 

Pada majlis berkenaan Sharifah Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki di mana tujuh dulang tersebut mengandungi tujuh pasang kasut sukan jenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. 

Manakala, dia membalas sebanyak sembilan dulang kepada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis pernikahan Sharifah Sakinah.

Sementara itu, Sharifah Sakinah menzahirkan rasa syukur apabila upacara akad nikah berjalan lancar dan sah sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya berasa gembira kerana akhirnya bergelar isteri kepada Aliff, lebih-lebih lagi apabila ayah saya sendiri yang menikahkan saya,” katanya.

Majlis dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis terdekat.

Antara rakan artis yang hadir dan turut menjadi gadis pengangkat dulang ialah Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shila.

Pasangan ini bertunang pada 25 Oktober 2014 di kediamannya di Taman Melawati, dekat sini.

Mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Tags / Kata Kunci: Sharifah Sakinah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan