Ketepi Gosip, Liyana Jasmay Tetap Pilih Zizan Terajui 'Angin Cinta'

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 2:00 AM

Liyana Jasmay.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit Liyana Jasmay menganggap kontroversi yang melanda pelawak Zizan Razak tidak menjejaskan pemilihan aktor itu menerajui super-telefilem terbitan syarikatnya Mermaid Studio Sdn Bhd.

Liyana, 27, berkata, dia memilih pelawak tersebut berdasarkan bakat lakonan dan kesesuaian Zizan memeggang watak utama dalam telefilem berjudul Angin Cinta yang bakal ditayangkan di Astro First.

"Saya kenal Zizan sudah lama sejak dia keluar Raja Lawak lagi dan saya tahu bakat dia dalam bidang komedi serta lakonan.

"Saya juga tiada masalah dengan dia dan menganggap watak dalam drama tersebut sesuai dengan karakternya," ujarnya kepada mStar Online.

Liyana berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan pelakon drama Angin Cinta terbitan syarikatnya yang bakal ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.

Zizan bakal bergandingan dengan pelakon Ummi Nazeera dalam telefilem tersebut.

Zizan dan Ummi Nazeera terajui telefilem terbitan Liyana Jasmay.

Sementara itu, tambahnya kontroversi putus cinta yang menghimpit pelawak itu tidak berkaitan dengan kerjaya dan masyarakat akan mudah melupakan perkara itu.

"Gosip cinta orang akan lupa, ia adalah perkara biasa bagi seorang artis tetapi kita kena bercakap jujur agar peminat dapat memahami situasi itu.

"Setakat gosip putus cinta dengan kekasih itu perkara remeh, wanita itu hanya kekasih sahaja pun, bukan sah sebagai isteri," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pemilihan kebanyakan pelakon yang terlibat dibawah syarikat terbitannya, Liyana berkata, ia membuat pemilihan berdasarkan kesesuaian watak.

Katanya, dia tidak hanya memilih atas dasar kawan-kawan rapat semata-mata, malah dia juga menitik beratkan soal bakat dan apa yang terbaik buat produk tersebut.

"Saya pilih pelakon ikut kesesuaian watak bukan hanya mereka kawan-kawan saya sahaja. Begitu juga watak untuk saya, jika tidak sesuai saya akan beri pada orang lain yang lebih baik membawa watak itu," ujarnya.

Tambah Liyana, dia juga bakal menerbitkan sebuah filem berjudul Bella and Jimmy yang bakal dilakonkan bersama rakan baiknya Juliana Evans.

Tags / Kata Kunci: Liyana Jasmay , Angin Cinta , Zizan Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan