Awal Tidak Dapat Kawal Marah Fizikal Anak Dikritik - Scha

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 5:33 AM

Scha Alyahya

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Scha Alyahya memberitahu tindakan suaminya iaitu Awal Ashaari naik berang dengan komen pengikut Instagram yang mengkritik fizikal anak mereka, Lara Alana adalah kerana tidak dapat mengawal perasaan marah.

Scha, 32, berkata, suaminya merupakan seorang yang mudah terasa hati dan menunjukkan reaksi terhadap perasaannya terutama apabila melibatkan orang yang tersayang.

"Awal seorang yang mudah menunjukkan ekspresi yang dia rasa, kalau marah dia akan tunjukkan, begitu juga kalau sayang pun kita boleh nampak cara dia. Itu memang dia.

"Berbeza dengan saya, kalau ikutkan memang saya pun geram bila ada yang beri komen begitu. Tetapi saya tidak suka tunjuk dan layan perkara itu," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran “Scha Alyahya for Fashion Valet”, di Damansara Performing Art Centre, di sini, Rabu.

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan suaminya  yang berang apabila pengikut Instagram menegur hidung anak mereka, Lara Alana yang kini berusia 7 bulan.

Peminat itu memberi petua kepada Awal agar kerap mengurut hidung anaknya supaya kelihatan lebih mancung.

Scha berkata, dia mengambil sikap enggan melayan kritikan dan komen pengikut laman sosial itu yang dianggap boleh menjatuhkan moral mereka sebagai ibu bapa.

"Saya anggap perkara itu sebagai lumrah sejak wujudnya Instagram dan bagi saya ia lebih banyak kepada hentaman. Apa sahaja gambar yang dimuat naik pasti ada sahaja yang mereka kritik termasuklah fizikal Lara.

"Apa yang saya cakap dengan Awal, kita tidak tahu siapa mereka yang kritik itu dan bagaimana mereka dibesarkan, jadi kalau kita layan moral kita akan jatuh," katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata, ketika membuat keputusan untuk membuka laman sosial untuk kanak-kanak itu, mereka sudah bersedia untuk menerima segala respons daripada masyarakat.

Scha (tengah) bersama model yang menggayakan koleksi pakaiannya bersama Fashion Valet.

Dia juga tidak mahu terlalu memikirkan golongan minoriti yang sentiasa bersikap negatif, sebaliknya memberi perhatian kepada mereka yang suka melihat pembesaran kanak-kanak itu.

“Masa Awal buat keputusan untuk bukan Instagram Lara lagi kami dah bersedia untuk terima kritikan. Namun kenapa kita lihat golongan minoriti yang tidak suka kita daripda selebihnya suka melihat perkembangan Lara," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang majlis fesyen tersebut, Scha bakal keluar dengan kolaborasi rekaan fesyennya bersama jenama Fashion Valet.

Sebanyak 11 rekaan skirt, seluar dan baju mengikut pilihan cita rasanya yang sudah mula dijual di laman web Fashion Valet.

"Sepatutnya pelancaran ini sebelum saya bersalin tetapi masa tidak sesuai kerana saya mengandung dan terpaksa ditangguhkan.

"Sebanyak 11 rekaan skirt, seluar dan baju mengikut citarasa saya dan rekaan yang dipilih oleh pengasas Fashion Valet. Ia berharga sekitar RM129 hingga RM159 sahaja," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Scha , Awal Ashaari

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan