Pengetahuan Tentang Islam Buka Hati Lana Terima Lamaran David

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 5:32 AM

Lana (kiri) bahagia bersama David

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nodin menjelaskan pengetahuan mendalam David McKienzie tentang Islam antara faktor dia menerima lamaran pemuda itu untuk menjadi suaminya.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, berkata, dia terkejut David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, mengetahui banyak perkara tentang Islam.

"Semasa di awal perkenalan kami saya sudah menegaskan kepadanya bahawa sekiranya dia ingin mengahwini saya dia perlu menukar agamanya.

"Bagaimanapun saya pula yang terkejut kerana dia mengetahui perkara itu selain memberikan penjelasan lain tentang Islam dan membuatkan saya terpaku dengannya.

"Malah dia memberitahu banyak bergaul dengan masyarakat Islam ketika menetap di Dubai selama 7 tahun selain belajar tentang Islam daripada mereka," katanya kepada mStar Online.

Lana Nodin kini bahagia bersama David.

Lana ditemui pada sidang media pengumuman perkahwinannya dengan David yang diadakan di Hotel Istana di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, Lana memberitahu bakal melangsungkan perkahwinan dengan David yang juga seorang pemain bola tampar Amerika Syarikat itu pada 15 Mei depan.

David pernah mewakili negaranya pada peringkat Olimpik sukan itu.

Pasangan berkenaan berkenalan ketika bertemu pada sebuah majlis di Singapura pada 26 Oktober lalu.

David kemudiannya melamar Lana ketika mereka bercuti di New York, Amerika Syarikat pada 3 Januari lalu.

Dalam pada itu, Lana berkata, kekasihnya itu sendiri memilih nama Islamnya Daud bersempena dengan nama salah seorang Nabi ketika menukar agamanya dari Kristian pada 5 Disember tahun lalu.

David mesra menjawab soalan pemberita semasa sidang media mengenai perkahwinan mereka.

"Dia memberitahu saya, David adalah nama Nabi Daud dalam bahasa Inggeris dan sebab itu dia memilih nama berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Lana berkata, David seorang yang berani dan jujur selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Malah kata Lana, faktor David yang mempunyai darah campur negara Asia apabila ibunya orang Filipina membuatkan dia lebih selesa kerana dia memahami budaya masyarakat Timur.

"Biasanya lelaki Barat gemar berpesta, merokok dan minum alkohol tetapi tidak David.

"Malah dia sangat memahami budaya Asia biarpun dibesarkan di Los Angeles, California kerana ibunya berdarah Fillipina," katanya.

Dalam perkembangan sama, David ketika mengulas tentang hubungannya dengan Lana memberitahu dia pada awalnya tidak mengetahui bakal isterinya itu adalah seorang selebriti.

Namun katanya, selepas melihat reaksi masyarakat di negara ini terhadap Lana semasa mereka keluar berdua menyebabkan dia mengesyaki sesuatu dan mula membuat carian di Google.



"Saya pelik apabila keluar dengannya orang pasti akan memandangnya dan mengambil gambar membuatkan saya tertanya-tanya siapa dia sebenarnya?

"Apabila saya membuat carian di Google baharulah saya tahu dia seorang pelakon dan ada pihak menggelarnya sebagai 'Pamela Anderson' Malaysia," katanya.

Bagaimanapun kata David, dia menyukai Lana kerana sifat terbuka wanita berkenaan selain dia baik hati dan penyayang.

"Pertama kali berbual dengannya di telefon kami berbual selama tujuh jam dan saya suka berbual dengannya kerana dia sangat terbuka dan banyak idea.

"Malah keluarga dan teman-teman saya amat menyenanginya," katanya.

Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada majlis yang dijangka akan diadakan di Hotel Istana dengan menggunakan khidmat Bill Bora dan pelakon Lisdawati sebagai perancang perkahwinannya.

Tags / Kata Kunci: Lana Nodin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan