Imej Seksi Juliana Evans Ada Batasnya

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 5:30 AM

Juliana Evans akui rezeki bertambah selepas kembali dalam industri seni.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Juliana Evans berkata, dia mempunyai batas tertentu dalam berpakaian khususnya untuk kelihatan seksi dan sentiasa meletakkannya sebagai syarat pada setiap sesi fotografi dan tawaran lakonan untuk mengelak sebarang kontroversi di kemudian hari.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 26, berkata, perkara tersebut sudah dipraktikkan sejak berada dalam industri hiburan terutamanya sepanjang tiga tahun menyambung pengajian di luar negara.

"Saya berpakaian seksi ada batasannya, yang mana saya meletakkan perkara tersebut sebagai syarat sebelum menerima tawaran fotografi atau berlakon terutamanya ketika berada di luar negara kerana saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan isu.

"Ketika belajar di Machigan, Amerika Syarikat saya ada juga buat peragaan dan terima tawaran untuk fotografi dan berlakon dengan agensi di sana, tetapi awal-awal lagi saya sudah letak syarat dan batasan tertentu.

"Saya akan beritahu bahawa saya masih orang Malaysia dan  mempunyai adat budaya serta mempunyai batasan dalam melakukan segala hal, " ujarnya kepada mStar Online.


Salah satu fotografi Juliana bersama majalah Utusan Karya baru-baru ini.

Juliana menyambung pengajian selama tiga tahun peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di Western Michigan University, Amerika Syarikat pada 2012.

Dalam pada itu, Juliana yang kini sudah kembali aktif dalam industri seni tanah air berkata dia juga bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kontroversi.

"Saya sentiasa berhati-hati agar tidak mencetuskan kontroversi, ketika saya di luar negara dahulu pun saya beringat bahawa apa sahaja aktiviti saya disana tidak melampaui batas. Saya tahu jika silap langkah pasti saya dituduh terkena kejutan budaya.

"Begitu juga bila aktif semula dalam industri, sudah tentu saya sentiasa bersedia dan berhati-hati agar tidak timbul kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik saya," ujarnya.

Sementara itu, Juliana berkata, dia tidak meyangka rezekinya lebih melimpah ruah setelah kembali semula dalam industri hiburan tanah air.
>
Katanya, biarpun menyedari terlalu banyak artis baharu wanita, namun namanya masih menjadi pilihan untuk menjadi jurucakap produk iklan dan menerima tawaran berlakon.

"Alhamdulillah, saya juga tidak sangka rezeki saya melimpah ruah sampai ada yang terpaksa ditolak. Pada awalnya saya ingat populariti saya dan merundum kerana sudah tiga tahun tinggalkan negara," ujarnya.

Selain itu, menyentuh soal gosip percintaan dengan penyanyi SonaOne, Juliana berkata, mereka hanya sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, dia bertemu pemuda itu kerana menemani rakan baiknya Kaka Azraff untuk perbincangan single kolaborasi dengan penyanyi itu.

"Saya tidak ada hubungan istimewa dengan SonaOne dan kali terakhir saya bercakap dengan dia pun ketika gosip ini keluar iaitu awal bulan lalu. Dia hanya gelak dan anggap perkara ini sesuatu yang kelakar.

"Kalau berjumpa pun kami keluar beramai-ramai kerana saya jumpa dia pun sebab menemani Kaka yang ada projek lagu baru dengan SonaOne," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Juliana Evans

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan