Sukar Bagi Mark Adam Tinggalkan Kerjaya Guru Vokal

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 12:56 AM

Mark Adam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerimaan baik peminat terhadap muziknya antara faktor Mark Adam meninggalkan kerjaya sebagai guru vokal di Pusat Latihan Muzik, The Singing Shop untuk memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 36, berkata, meskipun sukar namun dia harus membuat pilihan itu kerana bimbang mendatangkan masalah di kemudian hari.

"Saya suka dengan kerjaya sebelum ini kerana saya seronok bergelar guru dan dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.

"Tetapi saya sedar bukan semua benda saya boleh lakukan dalam satu masa yang sama dan pilihan harus dibuat.

Mark Adam menunjukkan album terbaharunya.

"Penerimaan baik yang saya terima kini turut menjadi faktor kepada keputusan itu dan saya ingin merebut peluang ini untuk mengetengahkan muzik saya kepada peminat selagi diterima," katanya kepada mStar Online.

Mark ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya berjudul Mark Adam di Laundry Bar The Curve di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Mark berkata, dia berharap suatu hari nanti dapat kembali bergelar guru malah pihak The Singing Shop turut mengalu-alukan kehadirannya jika dia berubah fikiran.

"Dua bidang ini memberi kepuasan sama rata kepada saya dan buat masa ini biarlah saya fokus kepada karier nyanyian," ujarnya.

Selain Mizz Nina, Mark pernah mengajar kelas vokal kepada Asmidar, Sheryl Koh dan Ewal (AF).

Sementara itu, bercakap mengenai album pertamanya, Mark berkata, dia tidak tertekan untuk menghasilkan lagu-lagu untuk album berkenaan biarpun menyedari jangkaan peminat terhadapnya tinggi.

Jelas Mark, dia membiarkan proses menulis dan mencipta lagu berlaku secara semulajadi kerana dengan cara itu dia dapat menghasilkan karya yang baik.

"Saya akui populariti yang diterima menerusi lagu 'Pencuri' membuatkan peminat menaruh harapan tinggi kepada saya tetapi itu bukan alasan untuk saya rasa tertekan.

"Apa yang boleh saya katakan album pertama ini Insya-Allah akan memenuhi cita rasa pendengar," ujarnya.



Dia juga bertuah dapat bekerjasama dengan DJ Fuzz kerana pemuda itu yang juga pengarah urusan syarikat rakaman Mixology Music banyak membantunya dalam proses mencipta lagu album berkenaan.

Selain ‘Pencuri’, album yang memuatkan 12 buah lagu itu turut menampilkan karya seperti Si Katak, Jika, Marry Me, Mind Your Own Business, Thief, Pimples, If dan Mind.

Ia sudah berada di pasaran sejak 19 Januari lalu.
Tags / Kata Kunci: Mark Adam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan