Rebut RM50,000 Dalam 'Saat Panik' Suria FM

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: “Saat Panik” merupakan peraduan terbaharu yang diperkenakan Suria FM dengan hadiah sebanyak RM50,000 dalam usaha stesen radio itu menghargai pendengar.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, Saat Panik  akan menguji tahap kepantasan pendengar Suria FM dalam menjawab soalan yang diberikan.

"Soalan yang diajukan juga tidak terhad kepada hiburan tetapi juga meliputi soalan pengetahuan am.

"Saat Panik merupakan satu peraduan yang cukup menarik bagi menghargai para pendengar setia serta kami berharap ramai pendengar Suria FM akan menyertainya dan berjaya memenangi wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada pada Isnin.

Program tersebut memerlukan pendengar untuk menamakan enam perkara dalam masa enam saat.

Pendengar yang berjaya menjawab keenam-enam tajuk lagu dengan betul akan mendapat RM300 dan jika ada jawapan yang salah,  wang berkenaan akan digandakan.

Pemanggil bertuah yang berada dalam waktu bonus boleh memilih untuk menambah masa empat saat lagi bagi menjawab soalan atau memilih untuk tambahan wang tunai sebanyak RM500.

Saat Panik di Suria FM telah bermula pada 16 Mac lalu dan akan berakhir pada 1 Mei depan.

Peraduan berkenaan akan ke udara menerusi empat segmen iaitu segmen Ceria Pagi bersama Adibah Noor dan Baki Zainal (5 pagi hingga 10 pagi), segmen Ceria Suria bersama Reza Mohamed (10 pagi hingga 1 tengahari) dan  R&R Suria bersama Bob Ringgo (1 tengahari hingga 4 petang).

Tidak ketinggalan segmen Ceria Petang  bersama Linda Onn (4 petang hingga 8 malam).

 

Tags / Kata Kunci: Suria FM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan