Kamal Adli Diserang di Instagram Kerana Gosip Cinta Emma Maembong

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 1:30 AM

Kamal Adli minta peminat bersabar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli memberitahu diserang oleh segelintir pengguna laman sosial akibat gosip hubungannya dengan pelakon Emma Maembong. 

Kamal, 29, berkata, rata-rata menulis ayat yang tidak sopan dan meminta dia agar tidak menganggu hubungan percintaan pelakon itu dengan pelawak Zizan Razak. 

"Sejak gosip itu saya dihentam di laman sosial di instagram terutama peminat daripada kedua-dua artis itu. 

"Mereka menulis perkataan yang tidak seduai dan meminta saya menjaukan diri daripada pasangan ini, ada juga yang ingin ingin berjumpa saya untuk berhentam,

"Saya gelak sahaja baca komen-komen mereka dan terfikir bagaimana boleh terlalu obses dengan artis," ujarnya.

Emma Maembong

Kamal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip hubungan rapat dengan aktres Emma Maembong dan membawa pelakon itu bertemu keluarga. 

Kamal dalam satu kenyataan kepada Mstar Online pada Selasa telah menafikan perkara tersebut dan menjelaskan hubungan rapat tidak lebih sebagai seorang rakan sekerja. 

Kamal turut meminta agar peminat-peminat kedua-dua belah pihak bertenang dan menunggu jawapan daripada pasangan tersebut tentang cerita sebanar. 

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungannya dengan Zizan Razak, Kamal berkata, dia tidak menghubungi pelawak itu kerana kedua-dua mereka sudah berpisah. 

"Masa gosip saya hantar Emma ke lapangan terbang dulu saya ada hubungi Zizan untuk menjernihkan perkara itu, namun gosip yang bawa dia jumpa keluarga ini saya malas lagi nak layan," ujarnya. 


Tags / Kata Kunci: Kamal Adli , Emma Maembong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan