Gelaran Juara ANTM Bukan Laluan Mudah Sheena Liam

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 5:30 AM

Sheena Liam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara program realiti Asia's Next Top Model (ANTM) musim kedua Sheena Liam menjelaskan gelaran yang diterimanya itu tidak memberi laluan mudah untuk mencipta nama sebagai model.

Sheena atau nama sebenarnya Sheena Liam Yue Sheen, 24, sebaliknya berkata, sejak memenangi pertandingan itu tahun lalu dia perlu menghadiri pelbagai uji bakat sama ada di dalam atau luar negara yang adakalanya tidak membuahkan sebarang hasil.

"Sepanjang saya berada di luar negara tidak siapa peduli tentang gelaran juara yang saya terima menerusi program itu dan ia tidak pernah memberi jaminan untuk melalui jalan mudah dalam bidang peragaan.

"Saya sebaliknya perlu berusaha keras dan menghadiri pelbagai uji bakat sebelum ditempah untuk memperagakan pakaian pereka fesyen di pentas," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sheena bagaimanapun berkata, pengalaman menyertai Minggu Fesyen London pada Jun tahun lalu telah menyedarkannya bahawa dunia fesyen bukan semudah yang disangka.

Katanya, bukan mudah untuk berjaya dalam bidang tersebut sekiranya tidak mempunyai azam yang kuat kerana persaingan sangat sengit.

"Ketika berada di London sekurang-kurangnya 20 uji bakat yang saya hadiri setiap hari dengan harapan akan ditempah untuk pertunjukkan fesyen.

"Bagaimanapun ia adalah pengalaman berharga untuk saya kerana ia membuatkan saya lebih kuat dan yakin tentang diri sendiri," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Sheena Liam , ANTM.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan