Dee Labur RM15,000 Setahun Untuk Kostum Persembahan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 5:32 AM

Dee (kanan) dan Nurul Wahab akan bergandingan dalam persembahan sempena Hari Ibu di Royal Plaza On Scotts, Singapura pada 8 hingga 10 Mei depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular Dee berbelanja kira-kira RM15,000 setahun untuk membeli pakaian bagi digunakan sebagai kostum persembahan.

Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul, 53, berkata dia membuat pelaburan itu kerana mahu dilihat berbeza setiap kali mengadakan persembahan.

"Sejak awal tahun lagi saya sudah memikirkan pakaian yang hendak dipakai untuk membuat persembahan kerana ia juga merupakan kekuatan kemunculan saya berhadapan dengan tetamu yang hadir.

"Saya perlu melabur untuk membeli kostum yang menarik kerana tidak mahu tampil dengan gaya yang sama setiap kali mengadakan persembahan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Dee lagi, penampilan ketika membuat persembahan harus dijaga supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

Dee

"Pemakaian yang bersesuaian adalah penting untuk mengadakan persembahan kerana ia merupakan satu tarikan untuk persembahan yang dilakukan," katanya yang terkenal dalam sitkom Jangan Ketawa sekitar tahun 80-an.

Selain itu, bagi Dee berpakaian seperti wanita hanyalah hiburan semata-mata dan caranya untuk mencari makan dalam dunia hiburan.

"Ini semua atas pemintaan pihak penganjur untuk saya kekalkan watak sebagai Cik Timah iaitu watak saya dalam Jangan Ketawa dan Alhamdulillah saya tak pernah putus menerima tawaran.

"Setiap persembahan, saya akan membawa dua watak sebagai Dee yang sebenar dan watak Cik Timah untuk menghiburkan tetamu yang hadir selain mengenakan lima pasang baju pada setiap kali membuat persembahan," katanya.

Dalam perkembangan lain Dee bersama Nurul Wahab akan menjayakan program sempena Hari Ibu di Royal Plaza On Scotts, Singapura pada 8 Mei hingga 10 Mei depan.

Tempahan menyaksikan persembahan berkenaan boleh dibuat dengan menghubungi IGNS Holidays di talian 017-2525684.
Tags / Kata Kunci: Dee

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan