Bakal Pengantin Dapat RM100,000 Dalam 'Pelamin Fantasia'

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 5:31 AM

Peserta dan tenaga produksi yang terlibat dalam 'Pelamin Fantasia' terbitan Astro. Foto: Shaari Che Mat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin bakal menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000 apabila pihak Astro memperkenalkan program realiti terbaharu iaitu Pelamin Fantasia.

Program tersebut bakal memperkenalkan 10 pasangan peserta yang bakal bersaing untuk merebut hadiah pakej perkahwinan berkenaan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata program ini diperkenalkan bagi memberi peluang pasangan pengantin melakukan persediaan sebelum memasuki alam sebenar berumah tangga.

"Pelamin Fantasia ini merupakan program terbaharu yang sarat dengan pengajaran dan ilmu untuk menjadi raja sehari.

"Peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran yang menyeronokan termasuklah mesej-mesej berguna yang perlu dititikberatkan dalam mendirikan rumah tangga." katanya kepada mStar Online.

Juri Pelamin Fantasia iaitu Rosyam Nor (dari kiri), Marlia Musa dan Rizalman.

Raqim berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Pelamin Fantasia di Grand Duchess, Fraser Place, di sini, Khamis.

Bagi menjayakan program itu tiga orang juri iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa dan pereka fesyen Rizalman Ibrahim akan terlibat menilai peserta.

"Mereka dipertanggungjawab untuk menilai prestasi para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selain berperanan sebagai sumber inspirasi kepada peserta.

"Kehadiran mereka adalah untuk berkongsi nasihat dan tunjuk ajar daripada segi motivasi, keyakinan diri dan konsep perkahwinan.

"Pasangan yang berjaya ke peringkat akhir bakal melalui majlis pernikahan yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD," katanya.

Raqim Ahmad

Pelamin Fantasia merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia melibatkan 10 pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bagi merealisasikan sebuah perkahwinan idaman.

Program ini akan disiarkan sebanyak 20 buah episod selama 10 minggu bermula 4 April depan.

Ia akan menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad pukul  9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya Hd (135). 
Tags / Kata Kunci: Pelamin Fantasia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan