Dua Rakyat Malaysia Peserta Terbaik Asia's Next Top Model

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 5:30 AM

Shareeta dan Melissa Tan peserta Malaysia yang terpilih dalam program Asia's Next Top Model.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percubaan kali ketiga menghadiri uji bakat Asia's Next Top Model 3 (ANTM) akhirnya membuahkan hasil kepada dua peserta Malaysia iaitu Shareeta Selvaraj dan Melissa Tan Li Hsia yang dipIlih sebagai 14 peserta terbaik program realiti itu.

Shareeta, 24, memberitahu, meskipun pernah dua kali ditolak daripada menjadi peserta akhir ANTM namun dia tidak pernah berputus asa kerana minat mendalam dalam dunia peragaan.

"ANTM adalah sebab terbesar mengapa saya ingin menjadi peragawati dan apabila program itu diperkenalkan di Asia saya tidak pernah berputus asa untuk mencuba biarpun pernah gagal sebanyak dua kali.

"Biarpun gagal namun pengalaman menghadiri uji bakat namun itu juga peluang untuk saya memperbaiki diri dan akhirnya diterima sebagai 14 peserta terbaik. Ia pengalaman cukup indah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif ANTM musim terbaharu di TGV One utama di sini, Khamis.

ANTM musim ketiga akan memulakan siaran pada 25 Mac ini pada setiap hari Rabu, pukul 8.45 malam di saluran Star World Astro saluran 711 dan 722 (HD).

Selain Shareeta dan Melissa, ANTM turut menampilkan Aimee Rose (Singapura), Amanda (Filipina), Barbara Akemi (Jepun), Doung Celine (Vietnam), Franchesca Denise (Filipina), Kristeen Ching (Hong Kong), Ayu Gani (Indonesia).

Asia's Next Top Model musim ketiga bakal bersiaran pada 25 Mac ini di saluran Star World.

Turut bertanding Loretta Chow (Hong Kong), Marlena Monika (Filipina), Rani Ramadhany (Indonesia), Kiana Anora (Thailand) dan Tahlia Raji (Indonesia).

Dalam pada itu, Melissa menjelaskan dia tidak menyangka cubaan kali ketiga menyertai program itu akhirnya membuahkan hasil dan melihat pemilihannya adalah satu peluang besar untuk terus mengembangkan kerjaya peragaannya pada masa hadapan.

Mempunyai pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang tersebut, Melissa, 27, berkata, ini adalah peluang terbesarnya untuk mencipta nama dan membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Dua kali gagal tidak bererti kita perlu mengalah dalam melakukan sesuatu perkara dan pemilihan saya mewakili Malaysia akan digunakan sebaik-baiknya kerana tidak akan ada peluang kedua selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, berkongsi cabaran menyertai program berkenaan, Melissa dan Shareeta mengakui kredibiliti dan kebolehan perserta lain adakalanya membuatkan mereka berasa rendah diri.

Bagaimanapun kata mereka, fokus amat penting dalam menyertai pertandingan penting seperti ANTM dan rasa percaya pada diri sendiri amat penting dalam memastikan semua tugasan diberikan dapat dilakukan dengan baik.

"Kami mempelajari bahawa sekiranya kita membandingkan diri sendiri dengan orang lain ia akan memberi impak buruk kepada perjalanan dalam pertandingan tersebut.

"Harus diakui kadang-kala rasa rendah diri timbul apabila melihat peserta lain namun dalam pertandingan besar seperti ANTM kami harus memberikan fokus sepenuhnya agar tidak kehilangan arah," ujarnya.

ANTM musim ketiga yang menjalani penggambaran di Singapura dihoskan oleh model terkenal Georgina Wilson yang turut bertindak sebagai juri bersama-sama Alex Perry dan Joey Mead King.

Tags / Kata Kunci: Asia's Next Top Model , Star World.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan