Kes Dadah: Benjy Mampu Bayar Jamin Selepas 9 Hari Didakwa

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 9:51 AM

Gambar fail Benjy (kanan) bersama adiknya pada 2011.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas sembilan hari didakwa atas dua tuduhan memiliki dadah dan gagal membayar wang jaminan, Benjy akhirnya dapat 'keluar' daripada penjara setelah Mahkamah membenarkan rayuannya untuk menurunkan kadar jaminan.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Noor hari ini membenarkan rayuan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim supaya mahkamah menetapkan jaminan yang lebih rendah memandangkan beliau tidak berkemampuan.

Nur A'minahtul Mardiah menetapkan RM5,000 dengan dua orang penjamin dan memerintahkan dia melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Ketika rayuan peguam Farhan Read yang mewakili Benjy berkata pihak penjamin iaitu tunang dan abang angkat kepada anak guamnya itu hanya mempunyai wang sebanyak RM5,000 sahaja dan tidak mampu membayar lebih daripada itu.

Sebelum ini, pada 11 Mac lalu mahkamah yang sama menetapkan RM6,500 dengan seorang penjamin terhadap Benjy namun dia gagal membayar kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Benjy, 37, yang popular pada tahun 90-an mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah bersama seorang wanita, Julia Ernie Jamaludin, 26.

Mereka didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 9.33 gram dan memiliki dadah jenis sama 3.4 gram di The Reeds Boutique Hotel, No. 9 Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi di sini, pukul 9.30 malam, 5 Mac lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 April depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan