Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru Judul 'Bongok' Ditukar

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 5:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Neves (Pretty Ugly) berharap peminatnya tidak keliru apabila Suria FM menukarkan judul single terbaharunya Bongok kepada 'B' kerana ia adalah karya yang sama.

Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, berkata, biarpun perkara itu mungkin mendatangkan sedikit kekeliruan namun langkah Suria FM itu adalah sesuatu yang positif kerana ia merupakan publisiti dalam menaikkan populariti lagu tersebut.

"Setakat ini hanya Suria FM yang menukar tajuk lagu berkenaan, mungkin ia tidak sesuai bagi mereka sementara stesen radio lain masih mengekalkan tajuk sama.

"Pun begitu saya perlu berterima kasih kepada Suria FM kerana menyokong karya saya dengan memutarkan lagu berkenaan.

"Saya melihat ia dari sudut positif dan kekeliruan itu diharap dapat memberi impak kepada lagu berkenaan untuk lebih dikenali selepas ini," katanya kepada 
mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Neves memberitahu kumpulan Pretty Ugly masih wujud.

Menurut Kamus Dewan, bongok membawa dua maksud iaitu menggambarkan sesuatu yang terlalu gemuk dan bodoh.

Dalam pada itu, Neves berkata, dia tidak berhasrat untuk menukar tajuk lagu berkenaan biarpun sesetengah pihak melihat ia tidak sesuai dan membawa maksud negatif.

Jelas Neves, dia memilih tajuk berkenaan sebagai merujuk kepada perbuatan comel dan manja sesuatu pasangan ketika sedang asyik dilamun cinta.

"Jika mereka dengar lagu itu dengan baik ia bertemakan cinta dan 'bongok' itu merujuk kepada respons seseorang apabila pasangan mereka melakukan sesuatu perkara yang manja dan comel ketika bercinta.

"Saya langsung tidak bermaksud untuk menggambarkan ia sebagai 'bodoh' atau membawa maksud negatif lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Neves menjelaskan projek solo pertamanya itu bukan bererti dia sudah meninggalkan Pretty Ugly.

Sebaliknya dia tampil solo kerana ingin mencuba konsep berbeza daripada kumpulan itu dengan mengetengahkan alat muzik ukulele sebagai instrumen utama.

"Kalau saya perkenalkan bunyi baharu dalam muzik Pretty Ugly mungkin peminat tidak dapat menerimanya dan sebab itu saya tampil dengan projek solo.

"Sebagai penyanyi dan komposer saya mahu tampil dengan kelainan dan itu tidak bererti saya sudah tidak lagi bersama Pretty Ugly," katanya yang mengadakan kerjasama bersama Universal Music Malaysia untuk projek berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Neves , Pretty Ugly , Bongok.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan