Komen Berbaur Lucah, Rohana Jalil Tegur Wak Doyok

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 5:33 AM

Rohana (kanan) sering menasihati Kila agar tidak berpakaian seksi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Kilafairy iaitu penyanyi Rohana Jalil menganggap tindakan selebriti Wak Doyok yang meninggalkan komen berbaur lucah pada salah satu gambar di laman sosial Instagram milik aktres itu adalah tidak wajar.

Rohana berkata, sebagai selebriti mereka perlu menjaga batasan terutamanya di media sosial kerana apa yang dilakukan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Wak Doyok

Rohana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi Wak Doyok yang dianggap sebagai gila seks apabila menulis komen berbaur lucah di gambar seksi Kilafairy, Jumaat lalu.

Tambah Rohana, sebagai seorang artis era 80-an, dia juga pernah melalui pengalaman yang sama iaitu mempunyai hubungan rapat dengan rakan artis lelaki lain.

Bagaimanapun, dia sentiasa berwaspada agar pergaulan tersebut tidak dipandang serong masyarakat.

"Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim," ujarnya.

Dalam pada itu, Rohana berkata, dia dan suaminya sering menasihatkan Kilafairy supaya tidak berpakaian terlalu seksi.

Perkara tersebut juga boleh menjejaskan maruah keluarga mereka di mata rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

"Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

"Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Rohana Jalil

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan