Nina Iskandar Komen Putus Tunang, Buka Tudung

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 12:31 AM

Nina nafi hubungan dengan syarikat pengurusan renggang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon berasal daripada Brunei, Nina Iskandar menjelaskan bahawa hal berkaitan pertunangan dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, adalah terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Nina, 24, berkata, dia tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online di sini, Ahad.

Nina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok di akhbar mingguan tentang hubungan pertunangannya yang dikatakan sudah berakhir.

Sementara itu, Nina juga menafikan hubungannya dengan pihak pengurusan MIG  renggang dan kini sudah pulang ke Brunei.

Paparan skrin Instagram milik Nina. 

Malah, dia juga terkilan apabila didakwa meminta simpati daripada syarikat pengurusan tersebut supaya memberinya tawaran berlakon.

"Gosip itu tak logik, tuduh saya minta simpati dekat MIG untuk dapat tawaran, apa pula, saya masih dalam kontrak pihak pengurusan itu.

"Lagi pula saya baru sahaja selesai penggambaran dua buah drama siri yang bakal keluar di slot Azalea berjudul Dendam Semalam dan Padamu Aku Bersujud pada April ini.

"Saya balik Brunei pun untuk berehat sekejap bersama keluarga dan Insya-Allah akan balik semua ke Kuala Lumpur bulan hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nina turut ditanya tentang gambar yang dimuat naik di laman Instagram menerima kritikan pengikutnya yang menuduh dia sudah tidak bertudung.

Katanya, perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan masyarakat di laman sosial.

"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu inimemang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata," ujarnya.

Nina mengambil keputusan untuk berhijab pada Mei tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Nina Iskandar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan