Masalah Kesihatan Tak Jejas Semangat Rahim Razali Berlakon

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 12:28 AM

Rahim Razali

Rahim Razali bakal kembali arah filem.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Rahim Razali memberitahu masalah kesihatan yang dihadapi tidak menganggu semangatnya untuk terus berada dalam dunia lakonan.

Rahim, 73, berkata, apa yang penting dia sendiri perlu mengetahui tahap kesihatannya setiap kali ingin melakukan penggambaran.

"Selalunya saya akan pastikan tahap kesihatan saya baik dahulu dan boleh melakukan penggambaran sebelum menerima tawaran berlakon.

"Saya juga akan beritahu awal-awal pada pengarah tentang batas-batas yang tidak boleh dilakukan seperti peranan yang terlalu fizikal atau balik lewat malam," ujarnya kepada mStar Online.

Rahim melakukan pembedahan bagi membuang pendarahan di otak pada 31 Oktober 2013 lalu yang dilakukan di Pusat Perubatan Sunway, di sini.

Tambahnya, sejak pembedahan tersebut, dia  banyak bergantung pada ubat bagi menstabilkan tekanan darah.

"Selepas pembedahan tidak ada rawatan susulan, hanya makan ubat yang doktor bagi sahaja untuk memastikan tekanan darah stabil," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, anak-anak juga tidak pernah menghalang untuk dia meneruskan aktiviti lakonan.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia menyimpan hasrat untuk menulis dan mengarah sebuah filem selepas 20 tahun meninggalkan bidang itu.

Katanya, banyak kekangan selain selesa dengan kerjaya sebagai pelakon membuatkan perkara itu tertangguh lama.

"Saya ada idea yang tersimpan lama dalam kepala, namun belum lagi curahkan dalam tulisan. Kadang-kadang sikap malas dan selesa dengan berlakon membuatkan ia tertangguh sampai sekarang.

"Selain itu, pengharapan saya terhadap filem ini tentulah lebih tinggi kerana sebelum ini saya sudah letak tahap tinggi pada filem sebelum ini seperti Abang 92," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang filem Munafik, beliau berkata, dia menerima tawaran filem tersebut berikutan jalan cerita berkaitan dengan prinsipnya dalam bidang lakonan.

Katanya, filem itu mengetengahkan tentang kehidupan masyarakat yang jarang didedahkan oleh pengarah lain.

"Filem ini bercerita tentang kehidupan dalam masyarakat kita yang jarang orang dedahkan ke dalam sebuah filem," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Rahim Razali

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan