Amir (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Nur Intan Syafinaz

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 6:42 PM

Amir (kanan) bersama isterinya, Nur Intan Syafinaz.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Pelawak Amir (Raja Lawak) selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.30 petang, Sabtu.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Kampung Gajah Sungai Buloh, Mahmud Ahmad dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Shaari Sabri.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Gajah di sini, Amir menyerahkan masa kahwin berjumlah RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan itu hadir memeriahkan majlis.

Amir turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Sementara itu, Amir ketika ditemui memberitahu bersyukur selamat bergelar suami kepada Nur Intan, 21, dan berharap perkahwinan mereka akan diberkati sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah biarpun rasa gugup tetapi semuanya sudah selamat.

"Doakan perkahwinan kami diberkati dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada Ahad manakala pihak lelaki akan diadakan pada 2 April di Kelantan.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan