Nyanyian Bukan Lagi Keutamaan Faizal Tahir

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 12:25 AM

Faizal Tahir mengakui dirinya menyukai kanak-kanak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja dibelakang tabir berbanding memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, berkata, dia juga turut menggunakan peluang itu untuk lebih kerap meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah.

"Tiga anak saya sudah bersekolah dan memang rutin saya menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak-anak jika tidak sibuk dengan kerja di studio.

"Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya tunjukkan sifat kebapaan yang ada dalam diri saya kepada anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton Drama bersiri 'Super Game Boy' di Golden Screen Cinemas (GSC), The Gardens, di sini, Selasa.

Drama bersiri 'Super Game Boy' bakal disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi, bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135).


 

Tambah Faizal, perhatian terhadap mereka sangat penting kepadanya memandangkan anak-anaknya sedang membesar.

"Tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada lima orang anak menjadikan saya lebih matang dan berfikiran lebih rasional dalam menentukan sesuatu keputusan.

"Anak-anak kian membesar dan mereka tahu apa yang saya lakukan, jadi saya harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album kanak-kanak kerana mengakui dirinya kini lebih mengemari kanak-kanak.

"Sejujurnya dari kecil, saya mempunyai angan-angan untuk terbabit dalam sebuah rancangan 'Sesame Street' walaupun saya mengetahui ia adalah mustahil untuk berada dalam rancangan itu.

"Mungkin disebabkan itu saya bersyurkur kerana mempunyai keluarga yang besar kerana isteri saya mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan saya tidak menolak jika dikurniakan lagi zuriat pada masa yang akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal kini sedang sibuk menguruskan tiga orang artis yang bernaungan di bawah syarikatnya iaitu  Hanie Soraya, Elizabeth Tan dan Aziz Harun.

"Saya juga dalam proses untuk menghasilkan album penuh yang dijangka siap pada pertengahan tahun nanti," katanya.
Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan