Sabhi Saddi Bina Badan Bukan Kerana Trend

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 12:32 AM

Sabhi Saddi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi menjelaskan tujuan utama dia membina otot badannya bukan kerana ingin bermegah atau terikut-ikut dengan trend.

Sabhi, 31, sebaliknya berkata, niat utamanya adalah semata-mata untuk mendapatkan kecergasan agar mempunyai stamina yang baik.

"Sebetulnya saya sudah lama pergi ke gim tetapi berhenti kerana tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian ekoran sibuk dengan karier nyanyian dan lakonan.

"Saya kini kembali aktif bukan kerana terikut-ikut dengan trend tetapi lebih kepada kecergasan dan kesihatan," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Sabhi, dia tidak menafikan kegigihannya membina otot adalah untuk menjaga penampilan sebagai seorang selebriti.

Dalam pada itu, Sabhi berkata, dia akan menghabiskan masa selama lima hari seminggu untuk ke gim untuk bersenam dan membina otot-ototnya.

Malah kata Sabhi, dia banyak mempelajari teknik senaman yang betul menerusi rakan-rakan yang ditemui di pusat kecergasan.

"Selalunya saya akan ke gim pada pukul 9 malam dan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya selama dua jam di sana.

"Saya tidak mengupah jurulatih peribadi sebaliknya rakan-rakan di gim yang banyak membantu untuk melakukan senaman yang betul," jelasnya.

Sementara itu, Sabhi berkata, selepas hampir setahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon, dia akhirnya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Puteri Gunung Ledang yang turut menggandingkannya dengan Ammar Alfian dan Atikah Suhaimi.

"Saya sebenarnya mahu fokus kepada bidang nyanyian dan pernah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini.

"Bagaimanapun, drama bersiri ini sangat berbeza dan mempunyai jalan cerita menarik membuatkan saya tidak mampu untuk menolak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabhi berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Tiada Lagi Cinta hasil ciptaan Eddie Hamid dan lirik, A. Aida.

Katanya lagi, ia turut dijadikan sebagai lagu tema drama bersiri Bukan Isteri Sempurna yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Sabhi Saddi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan