Faizal Tahir Di Konsert Ed Sheeran

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 12:31 AM

Faizal Tahir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir bakal tampil sebagai artis pembuka tirai pada konsert Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 16 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menerusi satu kenyataan kepada mStar Online, pemilihan Faizal selepas melihat kriteria penyanyi itu yang terkenal dengan aksi energatik di atas pentas selain gaya persembahan unik serta mempunyai karisma.

"Faizal tidak pernah mengecewakan peminat sejak dia mula menyertai pertandingan One In A Milion beberapa tahun lalu.

Ed Sheeran.

"Faizal pastinya akan menunaikan permintaan ramai yang selama ini menginginkan dia kembali beraksi di pentas berskala besar dan akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan persembahannya," kata kenyataan itu.

Penyanyi itu yang baharu sahaja tampil dengan single terbaharu, Assalamualaikum itu dijangka menyampaikan beberapa buat lagu hit pada konsert itu.

Ed Sheeran pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sedang dalam siri konsert jelajahnya di Asia dan penyanyi berusia 24 tahun itu akan menyampaikan lagu seperti The A Team, Don’t dan Thinking Out Loud.

Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir , Ed Sheeran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan