Pasangan Tidak Cemburu Hafiz-Adira Berganding Semula

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 12:30 AM

Adira.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira Suhaimi memberitahu kekasihnya iaitu Shahrul Nasrun memahami dan tidak cemburu apabila digandingkan semula bersama bekas kekasihnya Hafiz Suip dalam lagu baharu mereka berjudul Untuk Cinta.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, teman lelakinya yang juga Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia itu memahami bahawa apa yang dilakukan itu adalah atas dasar kerja semata-mata.

"Setakat ini dia tiada masalah dengan kerja saya dan faham apa yang saya lakukan ini adalah atas dasar profesional.

"Saya pun tidak fikir apa-apa melainkan tentang kerja sahaja," ujarnya kepada mStar Online.  

Adira ditemui ketika penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya dengan Hafiz Suip berjudul Untuk Cinta merupakan lagu tema filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan pada 30 April depan.

Dalam pada itu, Adira berkata dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkerjasama dengan penyanyi lelaki itu biarpun pernah mempunyai sejarah dalam percintaan.

Katanya, keserasian yang dibina untuk lagu terbaharu mereka ini masih sama seperti lagu hit terdahulu iaitu Ombak Rindu.

"Kami masih boleh berkawan dan tiada masalah untuk bekerjasama secara profesional kerana bagi saya ini adalah kerja.

"Keserasian kami juga masih sama macam dulu, malah kali ini kami buat lebih baik daripada lagu Ombak Rindu," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Adira berkata, dia enggan memikirkan lagi tentang sejarah masa silam hubungan mereka memandangkan kedua-duanya mempunyai pasangan masing-masing.

Hafiz bersama tunangnya Effy pada majlis pertunangan mereka.

Adira turut mendoakan yang terbaik dan berharap agar hubungan pertunangan Hafiz dan pasangannya Nureffy Jasreel yang diikat pada 27 Februari lalu hingga ke jinjang pelamin.

"Saya gembira untuk dia kerana telah berjumpa wanita yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup.

"Saya doakan yang terbaik dan berharap hubungan itu hingga ke akhir hayat," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, tunangnya Noreffy tidak mahu mengikut ke lokasi penggambaran tersebut kerana memahami dan memberi kepercayaan penuh kepadanya.

Jelasnya, wanita itu tidak mahu mencampuri segala urusan berkaitan kerjanya dalam hubungan tersebut.

"Tadi saya memang mahu bawa dia sekali datang, tetapi dia tidak mahu kerana dia memahami apa yang saya lakukan ini untuk kerja. Dia juga tidak mahu saya rasa tidak selesa jika dia ada di situ. 

"Alhamdulillah, kalau dia faham tidaklah dia marah atau mudah terasa," katanya.
Tags / Kata Kunci: Adira , Hafiz Suip

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan