Kes Pukul: Rozana Tidak Jadi Beri Keterangan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 5:21 PM

Perbicaraan melibatkan Awie dan Rozana ditangguhkan pada Khamis (esok).

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun tidak dapat memberikan keterangan berhubung dakwaan dicederakan suaminya itu pada 2 Jun tahun lalu selepas kes berkenaan ditangguhkan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan perbicaraan hari keempat kes berkenaan ditangguhkan pada khamis (esok).

Rozana, 36, terdahulu dilihat hadir ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi ditemani beberapa ahli keluarga dan teman rapat sebelum pulang kira-kira pukul 3 petang.

Dalam perbicaraan masuk hari ketiga, mahkamah telah memanggil Sarjan Pentadbiran Seksyen Audio dan Video, Makmal Forensik PDRM, Nasir Mohamad untuk memberikan keterangan berhubung barang bukti kes berkenaan.

Nasir memberi keterangan itu dihadapan Ayuni manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun tahun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.





Tags / Kata Kunci: Rozana Misbun , Awie.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan