Benjy Sekali Lagi Didakwa Atas Kesalahan Miliki Dadah

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 7:23 PM

Benjy menundukkan muka ketika dibawa ke mahkamah majistret Ampang pada 26 Jun lalu bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Gambar Ihsan SIN CHEW.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon tahun 90-an Khaeryl lBenjamin Ibrahim atau Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki dadah minggu lepas.

Benjy, 38, didakwa bersama seorang wanita, Julia Ernie Jamaludin, 26,memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 9.33 gram dan memiliki dadah jenis sama 3.4 gram di The Reeds Boutique Hotel, No 9 Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi disini, pukul 9.30 malam pada 5 Mac lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabitkesalahan.

Benjy pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah sebanyak tiga kali iaitu pada 2009, 2011 dan 2013. Pada 2009 dan 2011 dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret manakala pada 2013 dia dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Dalam prosiding, Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Normembenarkan masing-masing diikat jamin RM4,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin sebelum itu memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 untuk pertuduhan kedua.

Peguam Farhan Read yang mewakili Benjy bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan atas alasan Benjy tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menumpang tinggal di pondok pengawal bersebelahan rumah rakannya.

Sementara itu, peguam Zaidi Othman yang mewakili Julia turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung dua orang anak berusia setahun setengah dan empat tahun.

"Anak guam saya juga hanya membantu rakannya berniaga pakaian dengan pendapatan kurang RM1,000," katanya. 

Selain itu Julia juga menghadapi satu lagi pertuduhan memiliki dadah yang sama seberat 2.3 gram di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Julia turut mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu dan Nur A'minahtul Mardiah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 14 April depan untuk sebutan kes. 

Tags / Kata Kunci: Benjy , dadah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan