Kelainan Minggu Setiausaha Dayang & Azlan (The Typewriter)

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:20 AM

Dayang Nurfaizah dan Azlan menjanjikan persembahan mantap.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menampilkan kelainan dengan mendendangkan lagu berentak rock pada persembahan Minggu Setiausaha yang bakal diadakan di Hotel Berjaya Times Square, 8 April depan.

Lebih menarik, gandingan Dayang pada persembahan itu, vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter iaitu Azlan, akan menyanyikan lagu romantis dalam majlis bertemakan 'Romantik Rock' itu.


"Ia satu cabaran yang besar untuk saya kerana sudah biasa mendendangkan lagu berentak pop dan R&B sebelum ini.

"Namun saya yakin ia akan menjadi satu persembahan cukup istimewa dan memberikan kelainan kepada penonton yang hadir nanti," katanya.


Bertemakan Memorable Moment With Azlan & Dayang, persembahan istimewa itu bakal berlansung pada pukul 12.00 tengahari.

Dalam pada itu, Dayang berkata, dia telah memilih beberap buah lagu rock untuk dinyanyikan pada acara itu namun enggan mendedahkan seleksi yang dipilih.

Jelas Dayang, dia mahu memberikan kejutan kepada penonton selain berjanji akan turut menyampaikan lagu-lagu popularnya.

"Saya sebenarnya teruja dengan konsep persembahan ini kerana terlalu banyak lagu yang boleh disampaikan.

"Setakat ini saya sudah memilih beberapa lagu tetapi ia adalah kejutan untuk peminat yang hadir," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengakui teruja dapat bergandingan dengan Dayang kerana dia memang meminati wanita berkenaan.

"Dayang antara penyanyi yang saya minat dan peluang bergandingan dengannya adalah satu penghormatan buat saya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, acara itu nanti turut diserikan dengan penampilan Faizal Ismail sebagai pengacara majlis.

Manakala kumpulan Bocey akan tampil menghiburkan penonton dengan aksi lucu mereka.

Tiket untuk menyaksikan 'Memorable Moment With Azlan & Dayang’ dijual pada harga RM6,000 , RM8,000 dan RM10,000 bagi satu meja.

Sebarang pertanyaan dan tempahan tilet boleh menghubungi 03-4257 2727 atau 03-4257 7772.
Tags / Kata Kunci: Dayang Nurfaizah , Azlan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan