Hijab Tidak Halang Che Ta Aktif Sebagai Pelakon

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 12:34 AM

Rozita memberitahu Zain adalah insan paling gembira dengan perubahannya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Rozita Che Wan menjelaskan keputusannya untuk menutup aurat tidak akan menghalangnya daripada terus bergiat aktif dalam bidang hiburan terutamanya lakonan.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, dia tidak merasakan keputusannya untuk berhijab akan memperlahankan karier seninya kerana paling penting seseorang itu berusaha dan bertawakl terhadap rezeki yang ditentukan Allah.

"Insya-Allah saya akan terus bergiat aktif dalam bidang seni kerana ini adalah bidang yang saya minati tetapi bukan bererti saya boleh ligat seperti dahulu.

"Banyak atau kurang tawaran lakonan itu semua bergantung pada usaha dan rezeki masing-masing," katanya.

Che Ta mengambil keputusan untuk menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 5 Mac lalu.

Dalam pada itu, Che Ta berkata, seperti mana artis bertudung yang lain, dia juga tidak terkecuali akan lebih memilih watak agar bersesuaian dengan imej terkininya. 

"Sudah tentu kena lebih selektif dalam pemilihan watak agar bersesuaian dengan imej sekarang seperti mana dilakukan oleh artis lain," katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata, dia kini berasa lebih tenang dengan penampilan baharunya dan bersyukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan tersebut.

Malah katanya, suaminya, Zain Saidin adalah insan paling gembira apabila dia meluahkan hasrat untuk kekal berhijab.

"Sudah tentu Zain paling gembira dengan perubahan ini kerana dia memang sentiasa mendoakan agar saya terbuka hati untuk bertudung.

"Malah ketika sambutan hari jadinya sebelum berangkat ke tanah suci saya sudah mula menutup aurat dan dia sangat gembira," ujarnya. 





Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan