Oh My English Tercalon Dalam Anugerah Digital Emmy

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 12:31 AM

Oh My English tercalon pada Anugerah Digital Emmy yang bakal berlangsung pada April depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Oh My English mencipta sejarah apabila tampil sebagai satu-satunya program dari Asia Tenggara yang tercalon dalam Anugerah Digital Emmy 2015.

Tercalon menerusi kategori Children & Young People, program popular Astro itu turut berentap dengan beberapa pencalonan lain dari negara seperti United Kingdom, Jerman dan Brazil.

Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin memberitahu pihaknya tidak menyangka akan mendapat pencalonan dalam acara tersebut.

"Ini adalah kali pertama kami menghantar pencalonan untuk Oh My English untuk Anugerah Digital Emmy dan ini membuktikan biarpun kita adalah sebuah negara kecil namun dari segi inovasi kita setanding dengan mereka," katanya.

Anugerah Digital Emmy diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada program yang menggunakan platform digital. Calon lain termasuk daripada Japan, Kanada dan Netherlands.

Dalam pada itu, Putri Yasmin memberitahu, Oh My English menyerlah kerana ia turut menjadi fenomena dimedium digital meskipun disiarkan di televisyen.

"Pihak Astro telah menggunakan sebaik-baiknya platform digital untuk memastikan Oh My English mencapai matlamatnya dalam memberikan informasi kepada penonton dan bukan hanya sekadar hiburan.

"Sebagai contoh, penonton boleh mengutarakan soalan menerusi telefon pintar menerusi segmen Brainbox," katanya.

Sehingga kini, Oh My English mempunyai 15 juta tontontan di Youtube, 661,000 pengikut di Facebook, 100,000 (Twitter) dan 31,000 (Instagram).

Pertama kali disiarkan pada 2012, Oh My English menampilkan barisan pelakon seperti Zain Saidin, Adibah Noor dan Tiz Zaqyah.

Pemenang Anugerah Digital Emmys akan diumumkan pada 13 April ini di Cannes, Perancis.

Tags / Kata Kunci: Oh My English.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan