Sherry Alhadad Nasihat Pelakon Baharu Ambil Kelas Lakonan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 12:20 AM

Sherry Alhadad

Sherry jadikan kekurangan sebagai pembakar semangat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memberitahu ada menasihatkan beberapa pelakon baharu supaya mengambil kelas lakonan bagi memperbaiki mutu lakonan mereka. 

Sherry,31, berkata, perkara tersebut adalah untuk kepentingan mereka pada masa hadapan jika ingin terus menjadikan bidang lakonan sebagai punca pendapatan mereka. 

"Saya ada berhadapan dengan situasi ini beberapa kali dimana ada segelintir artis baru yang masih kaku berlakon, saya faham mereka kerana pernah melalui situasi yang sama dan ras diri 'kayu' bila berlakon. 

"Jadi apa yang boleh saya bantu ialah beri nasihat agar mereka ambil mana-mana kelas lakonan untuk memperbaiki mutu lakonan mereka. Ia adalah untuk kepentingan diri mereka sendiri bukan untuk orang lain," ujarnya kepada mStar Online

Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendapatnya apabila berhadapan dengan pelakon-pelakon baharu yang masih kekok untuk berlakon. 

Tambahnya, pengalaman turut membantu seseorang pelako baharu itu memperbaiki mutu lakonan mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang dikriminasi terhadap pelakon berbadan besar, Sherry berkata, ia sudah lumrah yang bukan sahaja di Malaysia.

Bagaimanapun, kata Sherry, dia menjadikan kekurangan tersebut sebagai kekuatan untuk menjadikan dirinya lebih baik..

"Saya tahu fizikal saya tidak mengizinkan untuk dapat watak utama seperti watak tuan puteri, namun kalau dapat jadi pembantu tuan puteri pun saya akan buat yang terbaik. 

"Kalau boleh kita bagi warna pada watak itu biarpun ia kecil dan orang menyedari tentang kehadiran kita. Bagi saya kita sentiasa ambil positif dan jadikan apa yang kurang itu sebagai pembakar semangat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sherry Alhadad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan