Abam (Bocey) Minta Ibu Carikan Jodoh - Berita Hiburan | mStar

Abam (Bocey) Minta Ibu Carikan Jodoh

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 12:30 AM

Abam tidak percaya ada wanita ikhlas mengenalinya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Abam Bocey memberitahu dia menyerahkan tanggungjawab kepada ibj untuk mencari teman hidup buat dirinya. 

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara itu disebabkan dia tidak percaya dengan wanita yang datang mendekatinya benar-benar ikhlas. 

"Saya sudah serahkan hal ini pada ibu dan biarlah dia cari wanita yang sesuai untuk saya. 

"Memang ada wanita yang cuba rapat dan kenal dengan saya, cuma saya tidak percaya dengan keikhlasannya sama ada betul dia ingin rapat dengan ikhlas atau sebab tertentu," ujarnya kepada mStar Online

Abam berkata, keadaan fizikalnya yang besar membuatkan dia agak meragui jika ada wanita yang mendekati dan mahu bersama dengannya. 

"Dulu masa saya tidak dikenali tidak ada siapa pun yang mahu kenal, tetapi bila sudah dikenali ramai pula yang mahu rapat," ujarnya. 

Bagaimanapun, Abam berkata, keluarga tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga. 

Sementara itu, Abam berkata, dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin. 

Jelasnya, bukan mudah untuk dia mendapatkan kerja lain selain apa yang dilakukannya kini. 

Sebelum bergelar pelawak, Abam mengakui sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan tubuh badannya. 

"Pada umur 24 tahun saya belum lagi jadi pelawak susah orang nak bagi kerja sebab tengok keadaan fizikal. Kalau dapat pun tidak sesuai dengan keadaan fizikal. 

"Salah satunya iaitu pekerjaan terakhir ialah membaiki barang elektirik seperti lampu yang mana susah untuk saya memanjat tangga," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama kumpulannya Bocey bakal mengadakan persembahan di Lawak Ker der 2015, Panggung Sari, Istana Budaya, pada 16 hingga 19 April depan. 

Selain Bocey, pelawak Afdlin Shauki, Harith Iskander, Douglas Lim dan pelawak baharu Rayza Mukmin akan beraksi pada empat malam tersebut. 


Tags / Kata Kunci: Abam , Bocey
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan