Hans Isaac Pilih Bocey Sertai Lawak Ker Der 2015

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 12:25 AM

Bocey buktikan kemampuan di pentas Lawak Ker Der 2015

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Penerbit Hans Isaac memberitahu dia membuat kajian dan tinjauan orang ramai terhadap pemilihan pelawak baharu dalam menyertai pementasan Lawak Ke Der 2015 pada 16 hingga 19 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Hans berkata, lebih 70 peratus orang ramai yang ditemui memilih untuk melihat kumpulan Bocey membuat persembahan pada pementasan Lawak Ker Der 2015 yang dipentaskan kali keempat.

"Sebelum kita pilih siapa yang akan menyertai Lawak Ker Der ini, saya telah bertanya dan membuat sedikit kajian keatas orang ramai tentang siapa yang mereka inginkan dalam pementasan Lawak Ker Der kali ini.

"Kebanyakkan mereka memilih kumpulan Bocey kerana lawak yang ditonjolkan lebih dekat kepada masyarakat dan tidak memperbodoh-bodohkan penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media Lawak Ker Der 2015 yang bakal dipentaskan pada 16 hingga 19 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Antara pelawak yang bakal membintangi Lawak Ke Der 2015

Pementasan Lawak Ke Der 2015 turut disertai pelawak Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim dan pendatang baharu Rayza Mukmin.

Sementara itu, Hans berkata, bukan mudah untuk memilih pelawak yang mampu membuat lawak di hadapan penonton tetaer yang berbeza daripada lawak yang dibuat secara rakaman televisyen.

Katanya, dia sentiasa mengingatkan pelawak bahawa mencari bahan yang segar dan tidak pernah digunakan sebelum ini.

"Saya tidak mahu lawak yang sudah basi atau pernah digunakan sebelum ini, ia bagi menjaga jenama Lawak Ker Der yang sememangnya sudah dikenali sebagai pentas lawak terkenal.

"Daripada segi pemilihan bahan juga bergantung kepada maklum balas penonton pada malam tersebut, jika ia tidak menghiburkan, pelawak perlu menukar bahan lain," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap tentang garis panduan yang ditetapkan kepada pelawak, Hans berkata dia tidak mempunyai syarat atau peraturan tertentu.

Bagaimanapun, dia menitik beratkan prosuder yang ditetapkan oleh pihak Istana Budaya untuk setiap pementasan teater.

"Saya tidak letak apa-apa garis panduan pada mereka tetapi lawak mereka perlu mengikuti peraturan Istana Budaya.

"Saya tidak mahu lawak lucah, memperbodohkan orang atau boleh memecahkan kaum," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Bocey , Hans Isaac , Lawak Ker Der

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan