Tayangan Amal 'Isyarat Cinta' Capai Sasaran, Kutip RM100,000

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 12:00 AM

Tayangan amal filem Isyarat Cinta berjaya mengumpul sebanyak RM100,000.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tayangan amal filem Isyarat Cinta anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang diadakan di Cathay Cineplex malam Rabu berjaya mengumpul RM100,000.

Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, kutipan itu untuk mengisi tabung persatuan dan juga disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur selain bantuan kepada rumah tahfiz terpilih.

"Alhamdulillah biarpun projek ini dirancang dalam masa singkat namun berjaya mencapai sasaran menerusi hasil jualan amal dan jualan tiket VIP untuk menonton Isyarat Cinta.

"Biarpun keadaan banjir di negeri Pantai Timur sudah reda namun masih ramai yang masih menginap di khemah dan penempatan sementara dan memerlukan bantuan.

"Diharap dengan kutipan menerusi majlis amal ini akan dapat meringankan beban mangsa banjir dan ucapan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menyokong usaha ini," katanya kepada mStar Online.

Tengku Khalidah ditemui pada majlis tayangan amal Isyarat Cinta yang diadakan di Cathay Cineplex si sini, malam Rabu.

Tayangan amal ini turut mendapat kerjasama daripada RK Screen Sdn Bhd.

Filem arahan Bade Azmi itu menampilkan lakonan mantap daripada Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra.

Ia akan menemui penonton di seluruh negara bermula 19 Mac ini.

Dalam pada itu, Tengku Khalidah berkata, usaha WHAM dalam menjalankan aktiviti tidak akan terhenti setakat itu sahaja dan akan meneruskan dengan pelbagai agenda lain.

Jelasnya lagi, biarpun semua ahli jawatankuasa sibuk dengan aktiviti masing-masing namun dengan semangat mahu membangunkan aktiviti persatuan semua pihak sedia bekerjasama.

"Saya harap WHAM akan terus kukuh selepas ini dan sama-sama membangunkan industri hiburan. Media dan penggiat seni industri harus berjalan seiring dan terus bantu membantu mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Isyarat Cinta menceritakan kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra) iaitu orang kelainan upaya cacat pendengaran dan Dhia (Liyana Jasmay) yang buta.

Tiga pelakon ini menampilkan sebuah lakonan berbeza dalam Isyarat Cinta.

Mereka bertemu ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia.

Namun dalam masa yang sama Ariel pula mempunyai perasaan terhadap wanita itu.

Tags / Kata Kunci: Isyarat Cinta.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan