Perselisihan Faham Hans Isaac Dan AC Mizal Berakhir

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 4:22 PM

AC Mizal dan Hans Isaac akhirnya berbaik. foto- Cipotredz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham yang tercetus sejak lima tahun lalu antara pelakon dan penerbit Hans Isaac dan pengacara Datuk AC Mizal  berakhir apabila mereka setuju bersatu semula dalam pementasan teater adaptasi daripada filem Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan pada 25 April hingga 1 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 44, berkata, mereka berdua sudah pun melupakan perkara yang sudah lama berlaku dan menganggap ia sebagai tindakan yang kurang matang.

"Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi.

"Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media pementasan teater Baik Punya Cilok yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada Khamis.

Pelakon utama teater Baik Punya Cilok AC Mizal, Awie,Afdlin Shauki dan Hans Isaac.


Perselisihan faham berlaku antara kedua-dua artis ini ketika menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 pada 2010 apabila Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut.

Dalam pada itu, Hans berkata, dia kini berpengang kepada prinsip untuk memaafkan dan tidak mahu bermusuhan dengan orang lain sejak dua tahun lalu.

"Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

"Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater," katanya.

Sementara itu, AC berkata, dia terharu dengan sikap pelakon itu yang sanggup merendah diri dengan menghubunginya semula bagi meminta maaf dan perbaiki hubungan persahabatan mereka.

Katanya, dia sudah memikirkan perkara yang sama, namun berasa ragu sama ada pelakon tersebut ingin berbaik semula dengannya atau tidak.

"Pada mulanya saya terfikir sama ada Hans sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur dia sendiri mempunyai rasa yang sama untuk kami berbaik semula," ujarnya.

Selain, Hans dan AC, pelakon utama dalam filem tersebut seperti Afdlin Shauki dan Awie turut menjayakan teater yang akan dipentaskan pada 25 April sehingga 1 Mei nanti di Istana Budaya.
Tags / Kata Kunci: Hans Isaac , AC Mizal

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan