Kostum Cicakman 3 Kurang Padan Untuk Nampak Realistik

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 12:25 AM

Salah satu adegan dalam Cicakman 3.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Cicakman 3, Yusry Abdul Halim memberitahu bahawa sebab utama mereka menggunakan kostum yang kurang padan untuk watak Cicakman adalah bagi memperlihatkan sebuah filem yang realistik kepada penonton.

Yusry, 42, berkata, ia merupakan rancangan awal pihak produksi bagi mengikut jalan cerita filem tersebut yang mana Man lakonan Zizan telah membeli kostum itu disebuah kedai kostum.

"Kami ada terima komen yang bertanya tentang kostum tersebut nampak tidak padan dan agak besar apabila dipakai oleh Cicakman, ia sebenarnya perancangan awal kami supaya ia nampak lebih real.

"Jalan ceritanya Man membeli kostum itu di sebuah kedai kostum, jadi secara logiknya baju tersebut mestilah kurang padan kerana bukan dibuat mengikut badan Cicakman sendiri," ujarnya.

Adegan ketika Zizan baharu sahaja menjumpai kotak peninggalan Cicakman.


Yusry berkata demikian pada sidang media tayangan perdana filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplex, di sini, malam Selasa.

Filem Cicakman 3 bakal ditayangkan bermula 12 Mac depan di seluruh pawagam tanah air.

Ia dibintangi pelakon hebat seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykarl Iskandar dan Bell Ngasri.
Yusry Abdul Halim


Tambahnya, perbelanjaan untuk kostum sahaja mencecah RM100,000 daripada kos keseluruhan filem tersebut iaitu RM 3.5 juta. 

"Kostum watak Cicakman dan sebuah watak lagi iaitu Superbro menelan belanja RM100,000, kita buat beberapa helai untuk Zizan, Fizz Fairuz dan pelakon-pelakon stunt.

"Kostum Superbro labih mahal dan ia juga berbeza dengan yang digunakan oleh pelakon stunt yang direka khas bagi mengelakkan kecederaan ketika berlawan," ujarnya.


Dalam pada itu, Yusry berkata, formula filem ini kembali kepada konsep Cicakman 1 yang lebih menampilkan unsur komedi.

Katanya, ia berikutan permintaan penonton dan peminat filem siri ini yang mahu menonoton lebih banyak lawak jenaka.

"Kita kembali kepada formula Cicakman 1 yang lebih komedi dan membuat beberapa penambahbaikan. Kita lihat Cicakman 1 mendapar respon yang sangat baik terutama golongan sasaran kepada keluarga.

"Tetapi Cicakman 2 lebih serius dan agak kurang diterima oleh peminat Cicakman dan disebabkan itu kita kembali kepada konsep asal iaitu menyelitkan lebih banyak unsur komedi," ujarnya.

Kostum Superbro dan Cicakman menelan belanja RM100,000.

Filem mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Man yang terlalu taksub dengan Cicakman sehingga rumah tangganya hampir hancur. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui serum kepunyaan Cicakman yang memberi kuasa luar biasa.

Filem terbitan KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Show ini juga turut menampilkan pengarah bersama iaitu Ghaz Abu Bakar.

Tags / Kata Kunci: Cicakman 3 , Yusry Abdul Halim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan