"Hubungan Dengan Zizan Tak Benar" - Putri Yasmin

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 5:19 PM

Putri Yasmin Megat Zaharuddin dikaitkan dengan Zizan Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Yasmin berkata, dia tidak mempunyai sebarang penjelasan terhadap perkara itu kerana telah memberikan kenyataan sebelum ini.

"Tiada sebarang kebenaran (dakwaan berkenaan hubungan dengan Zizan) terhadap perkara itu.

"Saya tahu anda juga tahu," katanya ringkas ketika ditemui selepas majlis pelantikan penyanyi Hafiz sebagai duta produk Sophie Secret di Hotel Royale Chulan di sini pada Selasa.

Terdahulu, wanita berkenaan dikaitkan dengan Zizan dan menjadi punca atas keretakan hubungan pelawak itu dengan Emma Maembong.

Dalam pada itu, Yasmin enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana menghormati majlis yang dihadirinya.

Malah kata Yasmin, dia juga tidak perlu membuat sebarang sidang media berhubung perkara berkenaan.

"Maafkan saya. Sekarang bukan masa dan tempat sesuai untuk bercakap mengenai perkara itu.

"Saya perlu menghormati majlis yang saya hadiri dan tidak akan ada sebarang sidang media berhubung perkara itu," katanya.

Sementara itu, Yasmin berkata, dia menyerahkan kepada Zizan untuk menjelaskan segala spekulasi berhubung perkara tersebut.

"Saya rasa Zizan akan membuat kenyataan pada malam ini berhubung perkara itu," katanya.

Zizan dijangka hadir pada majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 yang akan diadakan di E@Curve Damasara pada malam Selasa (malam ini).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan