Aznil Nawawi Imbau Kenangan Sebagai Wartawan Di Anugerah Oskar

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 12:31 AM

Aznil mengimbau kenangan sebagai wartawan ketika mengendalikan program siaran langsung dari lokasi Anugerah Oskar di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengacara Aznil Nawawi memberitahu peluang mengendalikan program siaran langsung dari lokasi Anugerah Oskar di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 23 Februari lalu memberi peluang kepadanya untuk mengimbau kenangan ketika bergelar sebagai wartawan penyiaran pada awal tahun 1990-an.

Aznil, 53, berkata, ketika berada di karpet merah acara tersebut beliau langsung tidak memikirkan tentang status dirinya sebaliknya begitu teruja untuk mendapatkan pelakon terkenal untuk ditemubual.

"Saya langsung tidak fikirkan tentang glamour atau siapa diri saya kerana saya begitu seronok dapat kembali bergelar wartawan sambil menjerit-jerit nama selebriti yang lalu di karpet merah untuk ditemu bual.

"Ia adalah pengalaman yang cukup istimewa kerana semua memori dan kenangan manis semasa bergelar wartawan dahulu muncul kembali," katanya kepada mStar Online.

Aznil ditemui pada majlis pelantikannya sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' iaitu kempen yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di sini, Isnin.

Aznil ketika menemubual pelakon JK Simmons.

Dalam pada itu, Aznil berkata, bukan mudah untuk mendapatkan temu bual bersama artis Hollywood di karpet merah dan wartawan bertugas perlu menjerit sekuat hati bagi mendapatkan perhatian mereka.

Jelas Aznil lagi, kebanyakan nama besar tiba pada acara itu pada saat-saat akhir sebagai salah satu cara untuk mengelak daripada ditemu bual pihak media.

"Saya hanya berpeluang menemubual dua pelakon iaitu JK Simmons dan Robert Duvall dan itu pun selepas menjerit beberapa kali sebelum berjaya mendapat perhatian mereka.

"Biarpun sukar untuk menarik perhatian mereka namun saya gembira dapat melakukannya," ujarnya.

Terdahulu pada Januari lalu, Aznil berpelaung bertemu dan menemubual selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Guliana Rancic, Ryan Seacrest ketika berkunjung menerima jemputan NBC universal.

Tags / Kata Kunci: Aznil Nawswi , Anugerah Oskar.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan