Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Tidak Lupa Diri - Berita Hiburan | mStar

Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Tidak Lupa Diri

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 12:31 AM

Ajak (Shiro).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) mengakui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya padat dengan pelbagai aktiviti.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 30, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

Tags / Kata Kunci: Ajak (Shiro).
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan