Zizi Kirana Dilatih Lontar Perkataan Untuk Nyanyi Rap

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 12:35 AM

Zizi bersama anggota Nukilan lain iaitu Kelana dan Agenda.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Zizi Kirana atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Zizi Fabulous Cat memberitahu dia dilatih untuk melontarkan perkataan demi perkataan satu persatu sebelum menyanyi lagu berentak rap. 

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil,30, berkata, komposer dan penyanyi rap Malique meminta dia berbuat demikian supaya perkataan yang dinyanyikan itu jelas didengar dan mengurangkan loghat Sabah yang masih kuat. 

"Bukan senang untuk menyanyi rap ini, ia tak seperti nyanyi lagu biasa, mungkin juga saya tidak biasa. 

"Disebabkan saya mempunyai loghat Sabah, Malique meminta saya untuk berlatih melontarkan perkataan demi perkataan secara jelas sebelum menyanyikan lagu," ujarnya kepada mStar Online. 

Zizi kini tampil dengan kumpulan baharu Nukilan yang bernaung dibawal label Qarmal Music milik Malique. 

Menurutnya, ia merupakan kumpulan pertama yang diberi kepercayaan oleh bekas anggota Too Phat itu untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaannya. 

"Kami ditubuhkan pada akhir tahun lalu untuk projek single Rindu bersama penyanyi Indonesia Shae dan ia baru dilancarkan. 

"Lagu ini sudah dua tahun siap dan Malique mencari penyanyi yang sesuai sehinggalah ia diberikan kepada Shae," ujarnya. 

Kumpulan Nukilan juga dianggotai oleh penyanyi Afif atau mau dikenali sebagai Kelana dan pendatang baharu iaitu Agenda. 

Dalam pada itu, ditanya tentang nama baharunya Kirana untuk kumpulan tersebut, Zizi berkata, dia mahu sesuatu yang segar tanpa dibayangi kumpulan lamanya iaitu Fabulous Cats. 

"Saya mahu dikenali sebagai Kirana untuk kumpulan Nukilan, namun bagi projek single baharu yang keluar tidak lama lagi pula saya guna nama Zizi Kirana. 

"Saya mahu sesuatu yang segar dan orang nampak saya sebagai Zizi yang baru tanpa mana-mana pengaruh lama," ujarnya. 

Tambah Zizi, dia juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Dulu Pernah Kau Kata tidak lama lagi. 

Tags / Kata Kunci: Zizi Kirana , Nukilan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan