Iklim Bergabung Buat Konsert Di Muar, Johor

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 12:30 AM

Iklim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setelah 11 tahun menyepi dalam industri, kumpulan Iklim bakal membuat penampilan istimewa dalam sebuah konsert yang akan diadakan pada 7 Mac depan, di Marina Bay Muar, Johor. 

Pemain gitarnya, Umarul berkata, persembahan tersebut dilakukan bagi mengubati kerinduan peminat-peminat yang mahu melihat persembahan mereka di pentas. 

“Kami semua tidak sabar menantikan tarikh tersebut, kami juga rindukan peminat kami yang dahulu. Mungkin mereka semua sudah berkeluarga dan ada anak seperti kami. 

"Jadi bawalah anak-anak generasi baru ini untuk lihat persembahan ‘otai’ rock. Kami juga ingin melihat reaksi anak muda hari ini terutamanya peminat muzik rock samada mereka boleh menerima rock daripada kami atau tidak”," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online

Dalam pada itu, katanya, komitmen setiap anggota yang kebanyakkan sudah mempunyai pekerjaan lain bukan satu masalah kepada mereka. 

Umarul berkata, mereka perlu bijak membahagi masa untuk bersama kumpulan itu terutama ketika menjalani latihan. 

"Sekarang masing-masing sudah berkeluarga dan ada pekerjaan tetap sendiri. Malah semuanya tinggal jauh dari Kuala Lumpur.

"Tetapi kami terlalu sayangkan Iklim dan berjanji untuk membahagi masa sebaik mungkin sama ada keluarga, pekerjaan dan nyanyian," ujarnya. 

Konsert Iklim akan diadakan pada 7 Mac depan di Marina Bay, Muar, Johor pada pukul 8.30 malam. 

Sementara itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor. 

Jika ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 012-7991428 atau 012-7991638.

Tags / Kata Kunci: Iklim

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan