Ashraf Sinclair Berehat Berlakon Sinetron

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 12:32 AM

Ashraf ingin mencari peluang berlakon dalam filem atau drama tempatan dalam tempoh dia berada di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Sinclair menyatakan perasaan rindu terhadap bidang lakonan yang lama ditinggalkan di negara ini kerana berpindah ke Indonesia selepas berkahwin dengan pelakon dan penyanyi negara itu iaitu Bunga Citra Lestari, 32.

Ashraf, 39, berkata dia jarang berada di Malaysia dalam jangka masa yang panjang termasuk ketika Hari Raya Aidilfitri kerana terlalu sibuk dengan kerjaya di negara seberang.

"Sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa lama di Malaysia. Saya rindukan keluarga di sini. Kalau di sana saya berlakon daripada pagi hingga malam, selalunya hari minggu juga terpaksa bekerja.

"Saya rindu untuk berlakon dengan produksi filem di sini yang mana saya lihat semakin berkembang dan ada filem-filem produksi tempatan yang menarik perhatian saya," ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf berada di Malaysia bagi mengikuti rangka promosi lagu baharu isterinya berjudul Wanita Terbahagia.

Dalam pada itu, Ashraf berkata, buat masa ini dia berehat sementara terhadap lakonan sinetron di Indonesia bagi memberi perhatian terhadap projek terbaharu iaitu teater di negara ini.

Katanya, dia mencari peluang jika ada yang ingin menawarkannya berlakon dalam filem atau drama sepanjang berada di negara ini.

"Beberapa bulan lagi saya akan balik ke Malaysia dalam tempoh kira-kira dua bulan untuk projek sebuah teater tempatan yang akan diberitahu tidak lama lagi.

"Setakat ini tiada tawaran berlakon drama atau filem, munkin mereka tidak tahu saya di sini, oleh itu kalau ada yang nak bagi tawaran silakan," ujarnya.

Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008, di Jakarta dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair, 4.


Tags / Kata Kunci: Ashraf Sinclair

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan