Emma Maembong Tidak Lagi Cintai Zizan, Kesali Mamat Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 3:30 PM

Emma akui pihak produksi tidak berutahu perkara sebenar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong kesal terhadap dakwaan pengarah filem Mamat Khalid kononnya dia sengaja tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh yang diadakan pada malam Khamis lalu.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, pihak produksi tidak menjelaskan situasi sebenar yang berlaku mengapa dia gagal untuk menyertai sesi tayangan perdana tersebut.

"Saya terkilan kenapa dia berkata demikian dan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengapa saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

"Saya dimaklumkan lewat iaitu seminggu sebelum tarikh tayangan itu dan saya berada di Langkawi untuk penggambaran drama, namun saya sudah berusaha minta pelepasan daripada pengarah tetapi tidak dibenarkan kerana banyak scene yang perlu dihabiskan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Emma Maembong berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengarah filem Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid yang  kecewa apabila dua pelakon iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong tidak hadir pada majlis tayangan perdana yang di adakan di Cathay Cineplex, The Curve, malam Khamis.

Mamat berkata, kedua-dua pelakon itu memberi pengesahan tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan turut meminta pasangan itu memberi penjelasan terhadap perkara tersebut.

Dalam pada itu, Emma turut bercerita tentang hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak yang sehingga kini menjadi teka-teki. Malah dia juga mengulas khabar angin tentang orang ketiga dalam hubungan tersebut. 
Mamat Khalid dakwa Emma dan Zizan Razak memaklumkan tidak dapat hadir saat-saat akhir.

Apa komen Emma tentang tuduhan Mamat Khalid yang kecewa apabila anda tidak hadir pada saat-saat akhir tayangan perdana filem tersebut?

Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan.

Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu. Saya tidak kisah pun kalau terpaksa bayar sendiri tiket kapal terbang.

Bila perkara itu juga tidak berjaya, saya minta agar tarikh tayangan itu ditunda hari ini (Jumaat) kerana penggambaran sudah abis tetapi mereka tidak mahu.

Adakah Emma terkilan dengan perkara itu?

Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi.

Itu filem pertama saya berlakon dan sudah tentu saya sangat teruja untuk menontonnya walaupun ketika itu saya belum berhijab.

Apa komen Emma jika ia dilihat sebagai satu taktik produksi filem perkara ini dijadikan isu untuk menghangatkan promosi filem yang akan ditayangkan pada 5 Mac depan?

Saya tidak tahu niat mereka, namun bagi pihak saya perkara itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang artis.

Orang akan menyalahkan saya dan beranggapan saya tidak memberikan komitmen terhadap produk sendiri, walhal saya sudah berusaha untuk datang.

TIDAK BERHUBUNG DENGAN ZIZAN

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

Emma mengakui hubungan kini hanya sebagai kawan dan tidak pernah sambung seperti didakwa Zizan.

Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Kenapa Emma jarang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas hubungan cinta tersebut?

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang.

Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Apa komen Emma terhadap gosip terbaharu bahawa Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen?

Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.
Tags / Kata Kunci: Emma Maembong , Zizan Razak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan