Wings Sasar 5,000 Muat Turun 'Wings Mobile Apps'

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 12:30 AM

Joe (Wings)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wings menyasarkan sebanyak 5,000 muat turun aplikasi 'Wings Mobile Apps' yang bertindak sebagai pusat utama kepada semua pautan berkaitan dengan grup berkenaan.

Gitarisnya, Joe, memberitahu kemunculan aplikasi berkenaan adalah untuk meningkatkan penjenaman kumpulan itu di alam siber sejajar dengan perkembangan teknologi.

"Wings adalah kumpulan rock tempatan pertama yang mempunyai aplikasi seumpama itu dengan pelbagai maklumat terkini dan eksklusif.

"Malah menerusi aplikasi ini juga peminat boleh membuat pembelian album dan single Wings dengan adanya pautan iTunes selain pautan kepada Instagram, Facebook dan Twitter Wings," katanya kepada mStar Online.

Joe berkata demikian ketika sidang media pelancaran aplikasi tersebut dan album 'Wings Live Rockestra @ Istana Budaya di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Aplikasi yang dibangunkan oleh Laiyon Interactive Sdn Bhd itu boleh dimuat turun berlandaskan sistem IOS oleh Apple melalui App Store dan juga Anroid oleh Google melalui Play Store.

wings 2
Wings dari kiri; Black, Joe, Awie dan Eddie.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma mulai 26 Februari lalu.

Dalam pada itu, Joe berkata, menerusi aplikasi itu juga pihaknya berharap dapat meningkatkan populariti mereka di media sosial selain memberikan pulangan ekonomi menerusi penjualan secara talian.

Ia diyakini dapat memberikan impak positif kepada golongan artis dan berharap akan menjadi ikutan artis lain selepas ini.

Sementara itu, bercakap mengenai album 'Wings Live Rockestra @ Istana Budaya, Joe memberitahu kelewatan album itu dilancarkan kerana ingin memastikan suntingan dan kualiti dalam bentuk DVD dapat memberi kepuasan kepada peminat.

Bagaimanapun kata Joe, mereka tidak melakukan sebarang tambahan kepada kekurangan persembahan yang diadakan pada 2013 itu kerana mahu peminat yang tidak berkesempatan menonton merasai suasana sebenar.

"Cacat cela dan kekurangan pada konsert itu adalah kesitimewaan dan kami tidak membuat penambahbaikkan kerana ingin memberi pengalaman sebenar kepada penonton," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Wings

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan