Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 12:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan.

"Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu.

"Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad  membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula.

Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014.

Saat-saat indah Syura bersama Mohd Fadhly.

Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam.

"Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang.

"Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini.

Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata.

"Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun.

"Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.
Tags / Kata Kunci: Syura

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan