Lisa Surihani Anggap Aznil Lebih Layak Ke Anugerah Oskar

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 12:20 AM

Lisa tolak tawaran ke Anugerah Oscar selepas disahkan hamil.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani menganggap tiada rezekinya apabila peluang dia untuk mengendalikan rancangan siaran langsung dari lokasi Anugerah Oskar di Los Angeles, Amerika Syarikat yang berlangsung pada Isnin digantikan dengan pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.

Malah, Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil lebih layak untuk mengalas tanggungjawab tersebut berikutan pengalaman luas dalam bidang pengacaraan.

"Pada awalnya memang saya sepatutnya pergi ke Anugerah Oskar itu tetapi disebabkan keadaan saya sekarang (mengandung) saya terpaksa menolak tawaran itu. Ia mengambil masa yang terlalu panjang untuk berada dalam penerbangan ke sana.

"Bagi saya tempat itu digantikan kepada orang yang paling layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan," ujarnya kepada mStar online.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Breakfast With The Star yang diadakan di Hotel Shang-rila, di sini, sambil menyaksikan siaran langsung Anugerah Oskar ke-87 menerusi saluran Astro HBO.
 
Aznil Haji Nawawi.

Tambah Lisa, suaminya Yusry Abdul Halim turut menyokong keputusannya untuk menolak tawaran tersebut selepas disahkan mengandung anak sulung mereka.

Rancangan istimewa dikendalikan Aznil berjudul HBO Sentral di Oscar Red Carpet itu akan disiarkan secara eksklusif di HBO saluran 411 pada 8 Mac depan, pukul 1.25 tengah hari.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangannya, Lisa berkata, dia merancang untuk berehat daripada aktiviti seni sehingga melahirkan cahaya mata.

"Saya memang merancang untuk berehat sehingga lepas bersalin, namun saya tidak buat keputusan lagi dan tengok keadaan kesihatan.

"Saya lihat ada perempuan mengandung yang kuat untuk melakukan aktiviti selepas beberapa bulan kandungan, jadi saya lihat bagaimana keadaan saya nanti kalau tidak mengizinkan barulah saya berehat," ujarnya.

Mengulas apabila ditanya tentang perkembangan kandungannya, Lisa berkata semuanya berjalan dengan baik.

Tambahnya, setakat ini dia belum mempunyai nafsu makan yang luar biasa seperti kebiasaan wanita mengandung lain.

"Kalau pasal makan belum ada yang pelik-pelik lagi, biasanya saya random sahaja mahu makan apa.

"Namun tak berani nak cakap kerana mungkin selepas ini ada pula rasa nak makan atau mengidam tu," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, disebabkan terlalu rindu terhadap bidang lakonan, suaminya membenarkan sebuah penggambaran drama dilakukan di rumah mereka.

Jelas Lisa, perkara itu membolahkan dia sentiasa berada dalam bidang ini biarpun sudah lama tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran.

"Saya rindu ingin berlakon tetapi keadaan tidak mengizinkan, jadi suami saya benarkan satu penggambaran di rumah supaya saya boleh lepas rindu.

"Bila tengok penggambaran itu saya rasa sangat gembira dan puas, setidak-tidaknya saya tidak rasa terlalu ketinggalan daripada bidang ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Pak Nil

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan