Pekin Perjelas Tuduhan Perlekeh Filem Sendiri 'Bodoh'

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 12:31 AM

Pekin Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim menjelaskan dakwaan mengatakan dia memperlekeh filem lakonan terbaharunya iaitu Coverina sebagai sebuah naskah 'bodoh' sebagai salah faham dan telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, perkataan itu sebenarnya bukan merujuk kepada Coverina atau mana-mana filem lain sebaliknya sebagai maksud tersirat terhadap segelintir penonton yang sering menganggap karya tempatan tidak berkualiti dan 'filem bodoh'.

"Sebenarnya itu salah faham sahaja. Saya tidak merujuk spesifik kepada mana-mana filem termasuk Coverina tetapi ia sebagai satu luahan kecewa apabila akan ada segelintir penonton kita yang melabel karya tempatan sebagai 'bodoh'.

"Biarlah sebaik mana pun sesebuah filem itu ia akan tetap dianggap tidak berkualiti kerana ia buatan tempatan. Itu sebenarnya maksud saya malah ada beberapa artikel mengenai perkara itu telah dikeluarkan sebelum gosip ini timbul," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Pekin menjawab tuduhan kononnya dia dengan lantang memperlekehkan filem tersebut semasa tayangan perdananya baru-baru ini sehingga menimbulkan kurang senang dikalangan media bertugas termasuk pengarahnya, Khalid Nazri.

Coverina terbitan SPS Jaya Sdn Bhd ini mengisahkan tentang usaha seorang lelaki untuk mendekati wanita idamannya sehingga terpaksa menukar penampilan menjadi wanita. Usaha tersebut menjadi sia-sia apabila identitinya terbongkar.

Barisan pelakon Coverina.

Selain Pekin, filem itu dibarisi oleh pelakon seperti Siti Elizad, Cat Farish, Shahrolnizam Sulaiman dan Kina Kamal ditayangkan di pawagam sejak 19 Februari lalu.

Dalam pada itu, Pekin mengakui Coverina ada menyindir beberapa pihak selain mesej kepada masyarakat tentang keadaan industri filem yang semakin tenat.

"Jika diselami memang banyak mesej dan sindiran kerana pihak luar hanya tahu mengkritik tanpa mengetahui susah senang kami sebagai pembikin filem," katanya.

Sementara itu, Pekin berkata, sebagai pelakon dan penerbit, dia berasa terluka apabila mendengar komen-komen sedemikian terhadap produk tempatan kerana menyedari kesusahan untuk menghasilkan sesebuah filem itu.

Kata Pekin, masyarakat tidak menyedari pembikin filem berjuang untuk menghasilkan sesuatu filem itu dengan mengeluarkan bajet yang belum tentu mendapat pulangan lumayan.

"Orang luar melihat seperti pembikin filem ini kaya tetapi kami juga sebenarnya berjuang untuk memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi kehendak penonton.

"Apabila mendengar komen-komen sedemikian ia membuatkan hati saya terluka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Pekin berkata, dia kini berada di Johor Bahru untuk meninjau sendiri sambutan terhadap Coverina selain melakukan promosi dengan melakukan kejutan kepada penonton.

Menerusi cara itu juga kata Pekin, dia dapat menilai sambutan penonton dan reaksi mereka dalam menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.

Tags / Kata Kunci: Pekin Ibrahim , Coverina.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan