Johan Dominasi Anugerah MeleTOP Era 2015

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 12:05 AM

Johan merangkul tiga trofi termasuk Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

(Ubah saiz teks)

BUKIT JALIL: Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Johan dan Ayda bersama trofi kemenangan masing-masing.

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Zul Ariffin merangkul trofi menerusi kategori Pelakon TV MeleTOP.

Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP.

Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi.

Pelakon Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Nelydia Senrose.

Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015: 1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP - Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP - Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP - Johan

15. Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP - Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Tags / Kata Kunci: Johan , Anugerah MeleTOP , Era

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan