Ibu Yusof Haslam Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 12:22 PM

Yusof Haslam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada Produser filem Datuk Yusof Haslam meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi Sabtu kerana sakit tua.

Yusof, 61, berkata, ibunya Bahyah Talib, 93, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, dekat sini.

"Ibu saya meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua. Dia mengalami komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

"Allahyarham di masukkan ke Pusat Perubatan Pantai sejak dua minggu lalu selepas keadaan kesihatannya semakin buruk," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang sebelum Zohor.

Tags / Kata Kunci: Yusof Haslam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan