Kelembapan Kutipan Tiket Punca 'Isyarat Cinta' Tangguh Tayang

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 12:31 AM

Isyarat Cinta bakal menemui penonton pada 19 Mac depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menjelaskan punca karya terbaharu terbitan syarikatnya RK Screen Sdn Bhd iaitu Isyarat Cinta ditangguhkan penayangannya disebabkan kelembapan kutipan tiket yang agak suram pada tahun lalu.

Rosyam bagaimanapun berkata, beliau yakin Isyarat Cinta dapat diterima baik selepas melihat keyakinan penonton terhadap karya tempatan semakin pulih dengan kejayaan beberapa buah filem yang mendapat kutipan tinggi di pawagam pada awal tahun ini.

"Sebetulnya Isyarat Cinta sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu namun selepas melihat kepada senario kutipan yang tidak memberangsangkan membuatkan pihak kami tidak mahu mengambil risiko dan menangguhkan penayangannya.

"Bagaimanapun tahun ini penonton mula kembali menonton di pawagam dan melihat kepada kutipan beberapa buah filem seperti Villa Nabila dan Suamiku Encik Perfect 10 yang memberangsangkan menambah keyakinan untuk melancarkan filem berkenaan pada tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Rosyam Nor.

Isyarat Cinta arahan Bade Azmi menampilkan barisan artis seperti Adi Putra, Fizo Omar dan Liyana Jasmay.

Mengangkat kisah percintaan pemuda bisu dan pekak dengan gadis buta, filem itu bakal berada dipawagam bermula 19 Mac depan.

Bercakap lanjut mengenai filem berkenaan, Rosyam berkata, beliau gembira dengan kesungguhan kesemua pelakon terlibat memandangkan jalan ceritanya memerlukan mereka benar-benar menghayati watak masing-masing.

Jelas Rosyam lagi, dia juga terkejut dengan persembahan ditunjukkan oleh Fizo dalam naskah berkenaan dan turut memuji lakonan pelakon berusia 30 tahun itu.

"Bukan mudah untuk membawakan watak kurang upaya seperti bisu, pekak dan buta tetapi Adi dan Liyana berjaya melunaskan peranan masing-masing dengan cukup baik.

"Saya paling teruja dengan hasil lakonan Fizo yang menampakkan kematangannya dan menghidupkan lagi jalan cerita berkenaan," ujarnya.

Barisan pelakon Isyarat Cinta iaitu Fizo Omar, Liyana Jasmay dan Adi Putra. 

Sementara itu, Rosyam turut menyeru kepada penonton agar memberi sokongan kepada majlis tayangan amal perdana filem itu anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac depan.

Jelas Rosyam, tujuan tayangan amal itu diadakan adalah bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

"Sambil berhibur dengan kisah cinta yang padat dengan mesej kemanusian saya berharap projek ini akan berjaya dalam membantu mangsa-mangsa bencana yang melanda negara baru-baru ini," katanya.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 dan penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dengan artis.

Selain dapat menikmati makan malam percuma dan mendapat beberapa hadiah sampingan lain, sumbangan yang diberikan adalah untuk aktiviti kebajikan.

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Tags / Kata Kunci: Rosyam Nor , Isyarat Cinta.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan