Isteri Mendiang Loga Sedang Koma

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 10:37 AM

Susan (kiri) dan mendiang Loga.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Datin Susan Lovie Boudville, isteri kepada mendiang penyanyi Alleycats, Datuk Loganathan Arumugam, sedang bertarung nyawa untuk hidup akibat menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).

Susan, 58, sedang koma di Hospital Pulau Pinang selepas pengsan pada 14 Februari lalu.

Beliau disahkan menghidap COPD, sejenis penyakit saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut, kira-kira empat tahun lalu.

Menurut anak perempuannya, Dasha Logan, 26, ibunya telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan pada malam 14 Februari.

"Dia sedang mandi dan pengsan apabila keluar dari bilik mandi. Abang dan rakan ibu saya berada di rumah ketika kejadian, " katanya, Rabu.

Beliau menambah, saudara mara ibunya telah datang dari Sabah dan Australia selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Kawan rapat Susan,  Mary Carlos-Westwood, 55, berkata dia berasa amat sedih.

"Dia merupakan seorang wanita penyayang dan baik hati yang tidak teragak-agak untuk membantu orang yang memerlukan," katanya, sambil memberitahu mula rapat dengan Susan pada tahun 1999.

Katanya, Susan telah tinggal dengannya di pangsapuri Permai Ria di Tanjung Bungah sejak September 2012 selepas rumah Susan di Jalan Azyze terbakar.

"Dia tinggal dengan kami sehingga 31 Januari apabila anaknya membawanya berpindah ke apartmen Mar Vista," tambahnya.

Susan bertemu Loganathan ketika dia bekerja di Kuala Lumpur.

Loganathan, atau lebih dikenali sebagai Loga, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2007 selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit tersebut.

Bersama-sama dengannya adalah Datuk David Arumugam, di mana mereka membentuk kumpulan adik-beradik Alleycats pada tahun 1969 dan menghiburkan peminat di seluruh rantau ini selama 30 tahun.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan